Penjanaan kemahiran belajar dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah melalui Document Based Lessons

M. Kaviza, (2019) Penjanaan kemahiran belajar dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah melalui Document Based Lessons. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 16 (7). pp. 1-12. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
339kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1208

Abstract

Kajian tinjauan secara deskriptif ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kemahiran belajar murid dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah melalui Document Based Lessons. Seramai 55 orang murid Tingkatan Empat yang dipilih melalui teknik persampelan bertujuan merupakan sampel kajian ini. Instrumen kajian ini merupakan soal selidik kemahiran belajar yang diadaptasi dan telah disahkan oleh pakar penilai serta mempunyai nilai kebolehpercayaan yang baik. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap kemahiran belajar dalam kalangan murid secara keseluruhannya berada pada tahap tinggi, di samping keenam-enam jenis kemahiran belajar iaitu kemahiran membaca, kemahiran menulis nota, kemahiran menguruskan masa, kemahiran mendengar, kemahiran membuat rujukan dan kemahiran menghadapi peperiksaan juga berada pada tahap tinggi. Implikasi kajian ini telah mencadangkan kepada guru-guru sejarah untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran sejarah melalui Document Based Lessons kerana didapati dapat meningkatkan pembentukan kemahiran belajar yang lebih baik yang memberi impak positif kepada peningkatan minat belajar sejarah dan pencapaian sejarah dalam kalangan murid.

Item Type:Article
Keywords:Kemahiran belajar; Document Based Lessons; Mata pelajaran sejarah
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:20062
Deposited By: ms aida -
Deposited On:04 Oct 2022 06:49
Last Modified:07 Oct 2022 08:47

Repository Staff Only: item control page