Neksus antara indeks syariah dan fundamental makroekonomi

Nur Azura Sanusi, and Mohd Kamal Omar, and Suhal Kusairi, and J. M. Shukri, (2018) Neksus antara indeks syariah dan fundamental makroekonomi. Jurnal Ekonomi Malaysia, 52 (3). pp. 17-28. ISSN 0127-1962

[img]
Preview
PDF
873kB

Official URL: https://www.ukm.my/jem/issue/v52i3/

Abstract

Kajian ini mengukur indeks Syariah berdasarkan Indeks Financial Times Stock Exchange (FTSE) Bursa Malaysia Emas Syariah dan Indeks FTSE Bursa Malaysia Hijrah Syariah. Manakala pemboleh ubah fundamental makroekonomi pula adalah penawaran wang, kadar faedah, kadar pembiayaan dan pulangan kepada pendeposit, dan indeks konvensional. Neksus dinamik antara indeks Syariah dan pemboleh ubah fundamental makroekonomi diuji berdasarkan kointegrasi antara pemboleh ubah bagi tempoh Julai 1999 hingga Disember 2017. Dapatan kajian menunjukkan terdapat kointegrasi antara FTSE Bursa Malaysia Emas Syariah dengan pemboleh ubah makroekonomi. Namun dapatan sebaliknya bagi FTSE Bursa Malaysia Hijrah Syariah. Pemboleh ubah yang mempengaruhi Indeks FTSE Bursa Malaysia Emas Syariah dalam jangka panjang dan jangka pendek adalah pemboleh ubah makroekonomi yang sama iaitu kadar pembiayaan dan pulangan kepada pendeposit dan indeks konvensional. Implikasi kajian menunjukkan pemboleh ubah Sistem Perbankan Islam yang dikaji, iaitu kadar pembiayaan dan pulangan kepada pendeposit mampu memainkan peranan sebagai penyuntik modal kepada pasaran modal Islam dalam jangka panjang dan jangka pendek. Ini menunjukkan indeks Syariah memerlukan polisi dan dasar yang sama dalam jangka panjang dan dalam jangka pendek bagi menjamin kekukuhannya dalam pasaran.

Item Type:Article
Keywords:Bursa Malaysia; Pasaran modal Islam; Kointegrasi; Autoregresif lat tertabur (ARDL)
Journal:Jurnal Ekonomi Malaysia
ID Code:20068
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 Oct 2022 00:18
Last Modified:11 Oct 2022 09:13

Repository Staff Only: item control page