Kos pengurangan pencemaran dan pematuhan alam sekitar dalam industri pembuatan

Mohd Nasir Nawawi, and Nizam Ahmat, (2018) Kos pengurangan pencemaran dan pematuhan alam sekitar dalam industri pembuatan. Jurnal Ekonomi Malaysia, 52 (3). pp. 107-114. ISSN 0127-1962

[img]
Preview
PDF
749kB

Official URL: https://www.ukm.my/jem/issue/v52i3/

Abstract

Walaupun terdapat banyak kajian empirikal yang mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pematuhan alam sekitar, secara relatifnya masih sedikit bukti yang dapat membantu pengurus memahami kesan keputusan pematuhan ke atas perbelanjaan pengurangan pencemaran. Kertas ini menganalisis sama ada kos pematuhan berbeza mengikut tahap pematuhan alam sekitar. Berdasarkan model kos operasi pengurangan percemaran (Pollution Abatement Operation Cost – PAOC), kami menganggarkan kesan tahap pematuhan, saiz firma, usia kilang dan piawaian ke atas kos pematuhan. Hasil kajian mendapati tahap pematuhan dan saiz firma signifikan secara negatif mempengaruhi PAOC. Firma yang tidak patuh pada peraturan alam sekitar menanggung PAOC sebanyak 3.35 peratus lebih tinggi berbanding firma yang patuh dan hampir 2 peratus lebih tinggi bagi firma kecil. Bagi penguatkuasa, keputusan ini sebagai insentif pengurangan kos untuk menggalakan firma mematuhi peraturan dan meningkatkan tahap pematuhan melalui penguatkuasaan undangundang. Namun, firma kecil memerlukan bantuan dalam menggurangkan beban merawat sisa efluen bagi mengekalkan daya saing tanpa berkompromi dengan peraturan alam sekitar.

Item Type:Article
Keywords:Efluen perindustrian; Kos pengurangan pencemaran dan tahap pematuhan
Journal:Jurnal Ekonomi Malaysia
ID Code:20074
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 Oct 2022 01:33
Last Modified:11 Oct 2022 09:19

Repository Staff Only: item control page