Kesan tekanan terhadap pesakit kanser menerusi pandangan Islam

Norhafizah Musa, and Azahar Yaakub @ Ariffin, and Mohd Hambali Rashid, and Wan Ali Wan Jusoh, and Mohd Hambali Rashid, (2019) Kesan tekanan terhadap pesakit kanser menerusi pandangan Islam. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 16 (8). pp. 1-8. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
367kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1213

Abstract

Kanser payudara merupakan salah satu penyakit berisiko tinggi dalam kalangan wanita di Malaysia. Penyakit ini memberi kesan yang teruk kepada fizikal bahkan turut mempengaruhi keadaan jiwa dan emosi pesakit sehingga menjejaskan kehidupan mereka. Kebanyakan daripada mereka tidak dinafikan akan mengalami tekanan yang berpanjangan sepanjang tempoh rawatan mahupun dalam menjalani kehidupan seharian. Secara umumnya stres adalah tekanan perasaan seseorang sehingga membuatkannya tidak mampu untuk menjalani kehidupan seperti biasa. Stres kian meningkat saban tahun di kalangan rakyat Malaysia begitu juga pesakit kanser. Kebanyakan orang sukar untuk mengawal dan mengurus stres. Keadaan tersebut lebih sukar apabila berdepan dengan pelbagai masalah lain dan tidak mendapat sokongan emosi. Jika tidak diatasi perkara tersebut, stres boleh bertukar kepada gangguan mental. Kajian berbentuk analisis kualitatif deskriptif. Kajian ini bertujuan mengenal pasti kesan tekanan terhadap pesakit kanser menerusi pandangan Islam. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesan tekanan terhadap pesakit kanser menerusi pandangan Islam adalah kelemahan hati, kelemahan roh, pengaruh nafsu dan kelemahan akal. Oleh itu, tekanan yang dihadapi oleh pesakit kanser payudara perlu dititikberatkan bagi membantu mereka lebih kuat dan sabar dalam menghadapi penyakit yang dihadapinya.

Item Type:Article
Keywords:Tekanan; Kesan; Pesakit kanser; Pandangan Islam
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:20111
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Oct 2022 23:51
Last Modified:12 Oct 2022 05:38

Repository Staff Only: item control page