Kesesuaian pelaksanaan langkah-langkah dalam program bandar selamat mengikut perspektif keruangan di Sabah : tinjauan lokal

Nor-Ina Kanyo, and Ruslan Rainis, and Ahmad Tarmizi Abdul Rahman, and Norizan Mohd. Nor, and Norcikeyonn Samuni, and Siti An-Nur Arsyi Lajimin, (2019) Kesesuaian pelaksanaan langkah-langkah dalam program bandar selamat mengikut perspektif keruangan di Sabah : tinjauan lokal. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 16 (8). pp. 1-15. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
621kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1213

Abstract

Masalah pelakuan jenayah banyak melanda di kebanyakan bandar utama seluruh dunia kerana dipengaruhi oleh faktor perbandaran. Usaha mengurangkan kadar jenayah di kawasan bandar telah membawa kepada pelaksanaan program bandar selamat di Malaysia. Dalam konteks Sabah, pelaksanaan program bandar selamat telah dilaksanakan pada tahun 2010 dengan melibatkan tiga buah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) dan Majlis Perbandaran Tawau (MPT). Densiti penduduk yang tinggi dan kepelbagaian prasarana dibangunkan dari aspek ekonomi dan sosial berbanding daerah-daerah lain menjadikan ketiga-tiga daerah ini menjadi tumpuan pelakuan jenayah bandar yang melibatkan etnik lokal mahupun warga asing. Makalah ini membincangkan aspek kesesuaian pelaksanaan langkah-langkah bandar selamat dengan merujuk kepada aspek keruangan bandar yang melibatkan tiga strategi utama. Pendekatan yang digunakan adalah secara kutipan data lapangan melalui edaran borang soal selidik yang melibatkan 1500 orang responden, temubual mendalam bersama responden dan pegawai yang bertanggungjawab serta pemerhatian secara langsung. Hasil kajian menunjukkan kesesuaian langkah bagi strategi mereka bentuk persekitaran fizikal adalah pada langkah pengasingan laluan pejalan kaki dari jalan bermotor dan kawalan tanaman landskap di laluan pejalan kaki, strategi memperkasakan kawasan sasaran adalah melalui penggunaan cermin keselamatan dan pencahayaan serta strategi melalui kegiatan sosial, kemasyarakatan, pendidikan dan kesedaran awal pula adalah dengan kaedah meningkatkan rondaan kawasan perumahan dengan nilai min masing-masing (4.39), (4.55) dan (4.50). Secara keseluruhannya, ketiga-tiga strategi pelaksanaan konsep bandar selamat yang diketengahkan dalam kertas kerja ini mendapat maklum balas yang positif di ketiga-tiga kawasan kajian.

Item Type:Article
Keywords:Kesesuaian; Pelaksanaan; Konsep bandar selamat; Kawasan hotspot jenayah; Sabah
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:20112
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Oct 2022 23:57
Last Modified:12 Oct 2022 05:39

Repository Staff Only: item control page