Tipologi kajian literatur (2010-2017) berkaitan isu lumba haram di Malaysia

Zalmizy Hussin, and Siti Rohana Ahmad, (2019) Tipologi kajian literatur (2010-2017) berkaitan isu lumba haram di Malaysia. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 16 (8). pp. 1-14. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
468kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1213

Abstract

Dalam meniti arus kemodenan ini, kegiatan lumba haram pada waktu malam merupakan salah satu gejala yang kian meruncing di kebanyakan negara dunia. Segelintir penyelidik terdahulu telah menyatakan tingkah laku golongan belia yang terjebak dalam kegiatan ini turut berlaku di kebanyakan negara-negara lain. Hal ini disebabkan oleh penggunaan terminologi lumba haram yang berbeza dan lokasi kegiatan di seluruh dunia. Di Malaysia, individu yang dilabel sebagai Mat Rempit adalah suatu istilah yang diberikan kepada remaja yang terlibat dalam aktiviti lumba haram. Mereka dilabel sebagai seorang yang ganas, agresif, dan tidak mematuhi peraturan lalu lintas. Tindakan tersebut telah membahayakan diri sendiri dan orang lain. Artikel ini bertujuan untuk membina tipologi kajian lepas mengenai isu lumba haram di Malaysia dari tahun 2010 hingga 2017. Justeru, artikel ini adalah merupakan satu usaha untuk mendapat pemahaman terhadap isu lumba motosikal haram di Malaysia. Sehubungan itu, hasil kajian ini sebagai rujukan oleh pihak berkuasa untuk memahami isu ini dengan lebih dekat. Kajian ini juga membantu penyelidik akan datang membuat research gap bagi menghasilkan ilmu pengetahuan baharu ke atas kajian-kajian terdahulu.

Item Type:Article
Keywords:Tipologi; Kajian literatur; Isu; Lumba haram; Malaysia
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:20117
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Oct 2022 01:30
Last Modified:12 Oct 2022 07:05

Repository Staff Only: item control page