Petunjuk persekitaran sebagai indikator ramalan cuaca berasaskan kearifan tempatan dalam komuniti tani sara hidup

Muhamad Faiz Aiman Mohd Sohaimin, and Azahan Awang, and Azlan Abas, and Muhammad Rizal Razman, (2022) Petunjuk persekitaran sebagai indikator ramalan cuaca berasaskan kearifan tempatan dalam komuniti tani sara hidup. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 18 (3). pp. 72-89. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
498kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/1540

Abstract

Amalan meramal cuaca berasaskan petunjuk persekitaran merupakan satu kemahiran yang didapati dalam sesuatu komuniti termasuklah komuniti tani sara hidup. Kebergantungan kearifan tempatan melalui sumber alam sebagai petunjuk dalam ramalan cuaca membantu komuniti tani sara hidup menjalankan aktiviti pertanian dengan lebih teratur dan seiring dengan perubahan alam yang berlaku. Kearifan tempatan melalui amalan meramal cuaca berdasarkan petunjuk persekitaran dilihat mempunyai kekuatan dan kepentingannya tersendiri dalam aktiviti pertanian sara hidup. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti dan mengkaji praktis amalan meramal cuaca berasaskan petunjuk astronomi, tingkah laku haiwan, perubahan pada tumbuhan dan elemen fizikal. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui pengkaji sebagai instrumen kajian. Kajian ini menggunakan teknik temu bual semi berstruktur dan pemerhatian turut serta di lapangan. Seramai sebelas informan ditentukan secara persampelan purposive. Hasil kajian mendapati bahawa amalan meramal cuaca berasaskan petunjuk persekitaran diamalkan komuniti tani sara hidup. Petunjuk ramalan astronomi dan perubahan tingkah laku haiwan digunakan komuniti tani sara hidup dalam meramal cuaca. Perubahan pada awan, bulan dan matahari membantu komuniti tani membuat ramalan cuaca. Pada masa yang sama, keupayaan kearifan tempatan dalam amalan meramal cuaca dilihat lebih didominasi dalam kalangan komuniti tani yang lebih berusia dan menjalankan pertanian sara hidup dalam tempoh masa yang lama. Kajian juga mendapati kearifan tempatan ini turut diketahui sebilangan komuniti tempatan walaupun komuniti ini tidak menjalankan aktiviti pertanian sara hidup. Kajian ini sekali gus membantu dalam mengekalkan warisan kaedah berasaskan kearifan tempatan supaya dapat dipelajari generasi akan datang.

Item Type:Article
Keywords:Kearifan tempatan; Komuniti tani sara hidup; Petunjuk persekitaran; Ramalan cuaca
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:20124
Deposited By: ms aida -
Deposited On:13 Oct 2022 01:22
Last Modified:18 Oct 2022 00:49

Repository Staff Only: item control page