Persepsi masyarakat bandar mengenai vaksin Covid-19 di daerah Melaka Tengah, Malaysia

Nursuhaila Amzah, and Nuriah Abd Majid, and Siti Norsakinah Selamat, and Sharifah Zarina Syed Zakaria, and Muhammad Rizal Razman, and Minhaz Farid Ahmed, (2022) Persepsi masyarakat bandar mengenai vaksin Covid-19 di daerah Melaka Tengah, Malaysia. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 18 (3). pp. 118-137. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
616kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/1540

Abstract

Penularan wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan telah menyebabkan masyarakat mengalami panik dan kerisauan terhadap penyakit pandemik Covid-19 yang mula menular pada tahun 2020. Inisiatif yang dilakukan oleh pihak kerajaan dalam membendung gejala Covid-19 adalah dengan mengesyorkan vaksin Covid-19 seperti Pfizer, Sinovac, Astrazeneca dan lain-lain dalam mencegah demi kebaikan seluruh masyarakat. Pengambilan vaksin Covid-19 telah menimbulkan pelbagai keraguan dan persepsi negatif. Oleh itu, pengambilan vaksin Covid-19telah menjadi satu isu besar kepada masyarakat kini yang mana terdapat golongan yang tidak mahu menerima vaksin atau dikenali sebagai anti vaksin. Tujuan kajian ini dilakukan untuk menganalisis persepsi, dan penerimaan masyarakat bandar daerah Melaka Tengah di kawasan Duyung mengenai vaksin Covid-19. Kajian menggunakan kaedah kuantitatif untuk pengumpulan data. Kajian ini menggunakan pensampelan secara rawak bagi mendapatkan responden dengan lebih ramai. Soal selidik telah dijalankan kepada 100 orang responden dianalisis dan menggunakan perisian SPSS. Pengkaji akan memfokuskan kepada responden yang berumur 18 hingga 60 tahun bagi melihat perbezaan persepsi dengan lebih jelas mengikut faktor usia. Hasil kajian bagi ujian korelasi menunjukkan hampir semua hubungan antara faktor sosiodemografi dengan faktor persepsi memiliki korelasi negatif. Hubungan antara peringkat umur dengan persepsi masyarakat iaitu (r = -.119 P <0.01). Manakala, bagi hubungan penerimaan vaksin dengan faktor jantina iaitu (r=0.48 P<0.05) turut menunjukkan korelasi negatif. Persepsi yang wujud hanya sebuah tanggapan kosong kerana majoriti menerima vaksin dengan baik. Penerimaan vaksin Covid-19 juga adalah untuk keselamatan dan kesejahteraan hidup bersama bagi membendung wabak pandemik ini bagi kelestarian masyarakat. Oleh itu, diharapkan kajian ini dapat mencapai salah satu senarai dalam matlamat pembangunan lestari ataupun dikenali sebagai Sustainable Development Goals-2030 Agenda supaya dapat memberikan manfaat dan sedikit pencerahan terhadap vaksin Covid-19 kepada masyarakat.

Item Type:Article
Keywords:Bandar; Melaka Tengah; Penerimaan Covid-19; Persepsi; Vaksin Covid-19
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:20127
Deposited By: ms aida -
Deposited On:13 Oct 2022 01:49
Last Modified:18 Oct 2022 00:52

Repository Staff Only: item control page