Memperkasa aspirasi ekonomi dan gaya belia Melayu : faktor penentu kemenangan dalam pilihan raya umum ke-15

Marzudi Md Yunus, and Azrie Azeh, and Rohaidah Haron, (2022) Memperkasa aspirasi ekonomi dan gaya belia Melayu : faktor penentu kemenangan dalam pilihan raya umum ke-15. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 18 (3). pp. 200-215. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
635kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/1540

Abstract

Belia sering dilihat mempunyai semangat yang tinggi dan optimis dalam mendukung idea perubahan dalam sesebuah negara. Idea yang menjadi aspirasi kepada belia dalam sesebuah negara boleh mempengaruhi masyarakat umum. Artikel ini bertujuan mengenal pasti kedudukan, pengaruh antara aspirasi dan hubungannya dengan pemboleh ubah bebas dan bersandar yang mewujudkan suatu aspirasi kepada belia. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik terhadap 455 orang responden dari Parlimen Marang yang terdiri daripada belia yang berumur 18 hingga 40 tahun yang dipilih secara rawak berstrata. Hasil kajian menunjukkan belia cenderung memilih aspirasi yang melibatkan gaya hidup, sukan dan ekonomi sebagai pilihan utama. Hasil kajian juga telah menunjukkan bahawa terdapatnya hubungan yang signifikan antara aspirasi dalam kalangan belia. Bagaimanapun, kewujudkan aspirasi dalam kalangan belia tidak mempunyai hubungan yang kuat dengan faktor jantina, umur, pekerjaan dan tahap pendidikan. Implikasi dapatan kajian telah menunjukkan bahawa aspirasi belia yang wujud adalah tidak berdasarkan kepada penilaian-penilaian yang matang daripada belia itu sendiri. Dapatan daripada makalah ini boleh digunakan oleh parti politik untuk merangkan strategi yang sesuai dalam kempen pilihanraya akan datang. Oleh itu, dasar undi pada umur 18 tahun perlu dikaji semula kewajarannya agar penentuan yang dibuat oleh belia dalam suatu pilihan raya tidak dibuat berdasarkan pilihan yang salah.

Item Type:Article
Keywords:Aspirasi; Belia; Pilihan Raya Umum ke-15; Politik Malaysia; Undi
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:20132
Deposited By: ms aida -
Deposited On:13 Oct 2022 02:36
Last Modified:18 Oct 2022 04:38

Repository Staff Only: item control page