Perkembangan sistem pentadbiran persekutuan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

Ahmad Jaffri Ahmad Zaini, and Mohd Samsudin, (2019) Perkembangan sistem pentadbiran persekutuan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 16 (9). pp. 133-155. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
464kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1228

Abstract

Mulai tahun 1874, British berjaya menempatkan pengaruhnya ke dalam pentadbiran negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang melalui Sistem Residen. Lebih kurang dua puluh tahun kemudian, sebuah gabungan telah dibentuk dalam kalangan empat buah negeri berkenaan melalui penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896. Objektif kajian ini adalah untuk melihat sejauhmanakah perkembangan sistem pentadbiran persekutuan melalui penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Penubuhan tersebut membawa kepada pelaksanaan sistem pentadbiran persekutuan buat pertama kalinya dalam pentadbiran moden Tanah Melayu. Ia sekaligus telah memulakan corak pentadbiran bercirikan sistem bernegara di Tanah Melayu. Namun begitu, pelaksanaan sistem persekutuan telah menimbulkan percanggahan kepada sistem negeri yang pelaksanaannya telah berjalan lebih awal melalui Sistem Residen. Beberapa mekanisme baharu dalam pentadbiran seperti Durbar Raja-Raja Melayu dan Majlis Mesyuarat Persekutuan kemudiannya diwujudkan untuk menyelesaikan percanggahan tersebut. Persidangan Durbar memperlihatkan kebijaksanaan Raja-Raja Melayu dalam memberi pandangan kepada pihak British berhubung cara tadbir urus. Majlis Mesyuarat Persekutuan pula melaksanakan fungsi eksekutif dalam pentadbiran. Pewujudan sistem persekutuan juga membawa pembaharuan dalam pentadbiran dari sudut penstrukturan jabatan, perjawatan, kewangan dan pentadbiran tanah. Selain itu, perkhidmatan awam juga berkembang seiring dengan sistem pentadbiran persekutuan. Bagaimanapun percanggahan kepentingan di antara persekutuan dengan negeri bagaimanapun masih tidak dapat diatas. Lanjutan itu pihak British cuba memperkenalkan dasar disentralisasi pada tahun 1925. Hasil kajian ini membawa kepada kesimpulan bahawa perkembangan dalam sistem pentadbiran persekutuan telah membuka peluang kepada orang-orang Melayu untuk memasuki sistem pentadbiran melalui perkhidmatan awam sekaligus merintis jalan dalam mengembalikan hak mentadbir kepada orang-orang Melayu sebagai bangsa asal Tanah Melayu.

Item Type:Article
Keywords:Sistem pentadbiran Tanah Melayu; Perkhidmatan awam persekutuan; Negeri-Negeri Melayu Bersekutu; Disentralisasi; Durbar; Majlis Mesyuarat Persekutuan
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:20145
Deposited By: ms aida -
Deposited On:13 Oct 2022 07:37
Last Modified:18 Oct 2022 07:18

Repository Staff Only: item control page