Strategi kelestarian dalam bangunan tinggi

Nor Afifah Husen, and Ismar MS. Usman, and Mohd Khairul Azhar Mat Sulaiman, and M.F. Bukhori, (2018) Strategi kelestarian dalam bangunan tinggi. Jurnal Rekabentuk dan Binaan ; Journal of Design & Built, 11 (1). pp. 1-21. ISSN 1985-6881

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jsb/index.php/jdb/issue/view/4...

Abstract

Penulisan ini akan memfokuskan perbincangan berkenaan strategi yang perlu diambil kira dalam merekabentuk sebuah bangunan pencakar langit yang berpandukan senibina lestari. Ini menunjukkan bagaimana perpindahan teknologi di dalam area pembinaan telah diguna pakai dalam sistem bangunan pencakar langit untuk mencapai prestasi terbaik. Ini kerana proses merekabentuk bangunan tinggi melibatkan pelbagai bidang termasuklah komponen senibina, struktur, dan sistem HVAC (heat, ventilation and air conditioning). Beberapa contoh bangunan generasi baru yang menitikberatkan kelestarian dalam bangunan dijadikan sebagai rujukan kajian kes. Kajian ini telah menyimpulkan bahawa bangunan tinggi akan menggunakan tenaga yang tinggi, golongan pereka pada generasi akan datang akan beralih kepada strategi rekabentuk “tenaga sifar” secara berperingkat. Dalam pendekatan ini, iklim setempat menjadi salah satu daripada kelebihan untuk rekabentuk bangunan yang menjadikan bangunan itu sendiri sebagai sumber tenaga. Tidak mustahil pada satu masa nanti, bangunan tinggi akan menghasilkan tenaga tambahan yang boleh dijual kepada pusat janakuasa bandar.

Item Type:Article
Keywords:Senibina lestari; Bangunan tinggi
Journal:Jurnal Rekabentuk dan Binaan ; Journal of Design & Built
ID Code:20156
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Oct 2022 01:59
Last Modified:19 Oct 2022 01:01

Repository Staff Only: item control page