Parameter penakrifan perjanjian tahap perkhidmatan bagi penggubalan draf kontrak sistem maklumat sektor awam

Mazriyah Abdul Wahab, and Dian Indrayani Jambari, (2018) Parameter penakrifan perjanjian tahap perkhidmatan bagi penggubalan draf kontrak sistem maklumat sektor awam. Jurnal Pengurusan, 52 . pp. 153-167. ISSN 0127-2713

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/pengurusan/issue/view/1093

Abstract

Kejayaan projek secara penyumberluaran terletak pada pengurusan kontrak yang berkesan. Oleh itu, perkara ini telah diberi penekanan serius dalam pelaporan Ketua Audit Negara 2016 dan 2017. Pelaporan tersebut menyatakan kelemahan dalam pengurusan serta pengawalan kontrak teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) sektor awam. Ia turut meliputi kontrak sistem maklumat (SM). Menurut laporan berkenaan juga, isu yang dikenal pasti adalah berkaitan dengan penakrifan perjanjian tahap perkhidmatan (PTP) yang tidak menyeluruh. Terdapat kajian lepas yang menyatakan penakrifan PTP adalah tidak lengkap kerana mengabaikan parameter PTP yang penting daripada perspektif penerima perkhidmatan. Justeru, kajian ini bertujuan mengenal pasti parameter penakrifan PTP penting yang diperlukan dalam kontrak SM sektor awam. Kajian dilaksanakan secara kajian kes kualitatif di agensi sektor awam yang melaksanakan kontrak penyumberluaran SM untuk menyokong bisnes terasnya. Matlamat kajian dicapai melalui penyenaraian 28 parameter penakrifan PTP yang diklasifikasikan kepada tujuh kategori dalam tiga dimensi penakrifan PTP. Perujukan kepada hasil kajian ini dijangka memberi faedah kepada sektor awam dalam penentuan parameter PTP untuk penggubalan draf kontrak SM yang komprehensif.

Item Type:Article
Keywords:Parameter perjanjian tahap perkhidmatan; Kontrak sistem maklumat; Sektor awam
Journal:Jurnal Pengurusan
ID Code:20176
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Oct 2022 01:02
Last Modified:21 Oct 2022 03:28

Repository Staff Only: item control page