Kesan masa pendidihan dan simulasi pencernaan ke atas protein dan hidrolisat protein yang dihasilkan daripada sarang burung walit spesies Aerodramus fuciphagus

Nur ‘Aliah Daud, and Abdul Salam Babji, and ‘Izzati Khalidah Zainal Abidin, and Masitah Muslim, and Salma Mohamad Yusop, (2022) Kesan masa pendidihan dan simulasi pencernaan ke atas protein dan hidrolisat protein yang dihasilkan daripada sarang burung walit spesies Aerodramus fuciphagus. Sains Malaysiana, 51 (7). pp. 2295-2304. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
334kB

Official URL: https://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid51bil7_...

Abstract

Sarang burung walit (SBW) dengan kandungan manfaat kesihatan yang pelbagai dihasilkan daripada burung walit Aerodramus fuciphagus. Sarang tersebut dihasilkan menggunakan air liur burung walit yang mengandungi bahan glikoprotein yang tinggi. Kajian ini dijalankan untuk menghasilkan hidrolisat protein SBW dan seterusnya menentukan kesan masa pendidihan (0 - 180 minit) dan proses pencernaan ke atas sampel SBW dan hidrolisat protein SBW. Proses hidrolisis berenzim telah dijalankan dengan menggunakan enzim alkalase untuk menghasilkan hidrolisat protein SBW. Ujian pencernaan terhadap protein SBW dan hidrolisat yang dihasilkan telah dijalankan menggunakan simulasi sistem pencernaan manusia in vitro. Hasil kajian menunjukkan dengan peningkatan masa pendidihan sehingga 180 minit, kandungan peptida yang terhasil daripada pendidihan SBW mentah dan hidrolisat adalah berbeza secara signifikan (p<0.05) dengan nilai kandungan peptida daripada SBW mentah terdidih didapati lebih tinggi daripada hidrolisat SBW. Seterusnya, hasil daripada pencernaan protein terhadap SBW dan hidrolisat SBW menunjukkan nilai kandungan peptida yang berbeza secara signifikan (p<0.05) dengan darjah hidrolisis protein SBW didapati paling tinggi (96.55%); diikuti dengan hidrolisat SBW 60 minit (88.69%), 120 minit (89.32%) dan 180 minit (89.81%) yang tidak berbeza secara signifikan (p<0.05) antara sampel. Hasil kajian ini menunjukkan SBW didegradasi secara aktif dalam masa 30 minit pendidihan berbanding hidrolisat SBW. Perbezaan tersebut menjelaskan bahawa komponen protein pada hidrolisat SBW telah banyak dicernakan oleh tindak balas hidrolisis berenzim dalam penyediaan hidrolisat tersebut. Proses pencernaan in vitro pula menunjukkan bahawa protein SBW dan hidrolisatnya adalah protein makanan yang boleh dicernakan dengan baik oleh sistem pencernaan manusia.

Item Type:Article
Keywords:Hidrolisis berenzim; Keterlarutan; Pencernaan in vitro; Protein; Sarang burung walit
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:20255
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Oct 2022 07:37
Last Modified:25 Oct 2022 08:00

Repository Staff Only: item control page