Hubungan antara emas, minyak dan pasaran saham Malaysia semasa perintah kawalan pergerakan COVID-19 menggunakan regresi kuantil dan siri masa

Hadirah Mohd Hairuddin, and R. Nur-Firyal, (2022) Hubungan antara emas, minyak dan pasaran saham Malaysia semasa perintah kawalan pergerakan COVID-19 menggunakan regresi kuantil dan siri masa. Sains Malaysiana, 51 (7). pp. 2315-2327. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
890kB

Official URL: https://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid51bil7_...

Abstract

Pandemik COVID-19 telah memberi kesan negatif terhadap sektor kewangan dan ekonomi dunia. Secara umumnya, pelabur akan mula melabur dalam aset berisiko rendah seperti emas dan minyak mentah ketika ekonomi tidak stabil. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan komoditi terhadap indeks Bursa Malaysia KLCI (KLSE) dan menentukan sifat emas Barrick Gold Corp (GOLD) dan harga minyak mentah hadapan (WTI). Hubungan antara KLSE, GOLD dan WTI boleh membantu pelabur dalam memahami pengaruh aset komoditi terhadap indeks pasaran saham Malaysia semasa pandemik COVID-19. Data kajian ini diambil untuk empat masa yang berbeza iaitu selama 40 hari sebelum dan semasa perintah kawalan pergerakan (PKP) Fasa 1 serta Fasa 3 pandemik COVID-19. Tempoh ini merangkumi 17 Januari hingga 17 Mac 2020 dan 18 Mac hingga 18 Mei 2020 untuk sebelum dan semasa Fasa 1 dan 29 Mac hingga 28 Mei 2021 dan 1 Jun hingga 29 Julai 2021 untuk sebelum dan semasa Fasa 3. Kaedah yang digunakan adalah regresi linear siri masa (TSLM) dan regresi kuantil (QREG). Hasil kajian ini menunjukkan harga minyak mentah hadapan (WTI) mempunyai hubungan linear terhadap harga indeks KLSE sebelum PKP Fasa 1 dan merupakan aset selamat semasa PKP Fasa 1 dan 3. Seterusnya, harga emas Barrick Gold Corp (LGOLD) merupakan aset lindung nilai bagi kesemua fasa PKP kecuali semasa PKP Fasa 3 dan merupakan aset selamat sebelum PKP Fasa 1. Pelabur boleh menggabungkan emas dan pasaran saham ke dalam portfolio atau melabur ke dalam instrumen minyak bagi merendahkan risiko kerugian.

Item Type:Article
Keywords:Aset lindung nilai; Aset selamat; Regresi kuantil; Regresi linear siri masa
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:20257
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Oct 2022 07:46
Last Modified:25 Oct 2022 08:02

Repository Staff Only: item control page