Jumlah fenol, aktiviti antioksidan dan ketoksikan ekstrak bendalir lampau genting (SFE) buah Ziziphus mauritiana

Arnida Hani Teh, and Muhiyuddin Md Nasir, and Saidatul Husni Saidin, and Hafeedza Abdul Rahman, (2022) Jumlah fenol, aktiviti antioksidan dan ketoksikan ekstrak bendalir lampau genting (SFE) buah Ziziphus mauritiana. Sains Malaysiana, 51 (7). pp. 2329-2337. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
299kB

Official URL: https://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid51bil7_...

Abstract

Kajian ini menentukan jumlah fenol, antioksidan dan ketoksikan buah Ziziphus mauritiana yang diekstrak menggunakan pengekstrakan bendalir lampau genting (SFE). Ekstrak dianalisis untuk jumlah kandungan fenol (TPC) dan aktiviti antioksidan berdasarkan aktiviti penyingkiran radikal bebas, 2,2-difenil-1-pikrilhidrazil (DPPH). Kajian ketoksikan akut dilakukan pada tikus Sprague Dawley (24 jantan, 24 betina), dibahagikan kepada 4 kumpulan; diberikan 0 (kawalan), 1, 2.5 dan 5 g ekstrak/kg berat badan. Kajian kesitotoksikan dilakukan menggunakan ujian MTT pada titisan sel V79-4 dan kajian kegenotoksikan dilakukan menggunakan Ujian Mikronukleus (MNA) dengan pewarnaan akridin jingga (AO). Ekstrak menghasilkan TPC sebanyak 539.18 mg setaraan asid galik (GAE)/100 g dan penyingkiran radikal bebas DPPH sebanyak 16.65%. Dalam kajian ketoksikan akut, semua tikus selamat tanpa bukti manifestasi klinikal atau ketoksikan. Kajian kesitotoksikan ekstrak menunjukkan kesan kesitotoksikan (IC50 0.48 mg/mL). Kajian kegenotoksikan menunjukkan bahawa ekstrak tidak mempunyai kesan kegenotoksikan pada tikus yang diuji. Secara keseluruhan, ekstrak bertindak dengan cara yang berbeza, in vivo dan in vitro. Sebagai kesimpulan, ekstrak adalah sumber fenol yang baik namun tidak menunjukkan aktiviti antioksidan yang tinggi. Ia tidak toksik dan tidak menyebabkan kegenotoksikan terhadap haiwan yang dikaji pada kepekatan sehingga 5 g ekstrak/kg berat badan. Walau bagaimanapun, ekstrak didapati sitotoksi terhadap titisan sel V79-4 yang dikaji.

Item Type:Article
Keywords:Antioksidan; Kegenotoksikan; Kesitotoksikan; Ketoksikan akut; Pengekstrakan bendalir lampau genting; Ziziphus mauritiana
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:20258
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Oct 2022 07:51
Last Modified:25 Oct 2022 08:19

Repository Staff Only: item control page