Analisis perubahan guna tanah di daerah Batu Pahat, Johor menggunakan kaedah penderiaan jauh dan GIS

Muhammad Rais Borhan, and Lam, Kuok Choy (2018) Analisis perubahan guna tanah di daerah Batu Pahat, Johor menggunakan kaedah penderiaan jauh dan GIS. Jurnal Wacana Sarjana, 2 (1). pp. 1-8. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
485kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengesan perubahan guna tanah di daerah Batu Pahat, Johor dengan menggunakan kaedah penderaan jauh. Dalam penyelidikan ini perbandingan data antara tempoh masa tahun 1990-2015 dilakukan untuk melihat perubahan guna tanah. Data yang digunakan ialah imej satelit Landsat (TM dan OLI-TIRS). Guna tanah yang dihasilkan melalui proses klasifikasi terselia imej Landsat dikategorikan kepada beberapa kumpulan seperti tepu bina, hutan, air, dan pertanian yang dibahagikan kepada kelapa, kelapa sawit dan getah. Hasil analisis imej Landsat tahun 1990 dan 2015 menggunakan GIS menunjukkan pertambahan sebanyak 64% guna tanah kelapa sawit bagi tempoh masa 16 tahun. Selain itu, guna tanah yang mengalami perubahan yang tinggi berbanding guna tanah yang lain ialah guna tanah kelapa dan getah, di mana pada tahun 1990 getah dan kelapa masing-masing seluas 65351.94 hektar (33%) dan 18511.01 hektar (9%). Penurunan mendadak guna tanah kelapa dan getah mempunyai kaitan dengan penanaman kelapa sawit secara besar-besaran di daerah Batu Pahat.

Item Type:Article
Keywords:Perubahan guna tanah; Penderiaan jauh; Landsat; Batu Pahat; GIS
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:20259
Deposited By: ms aida -
Deposited On:20 Oct 2022 01:14
Last Modified:25 Oct 2022 08:31

Repository Staff Only: item control page