Fenomena Experience Economy dalam konteks kepenggunaan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur

Azilah A.B, and Hamzah Jusoh, (2018) Fenomena Experience Economy dalam konteks kepenggunaan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Jurnal Wacana Sarjana, 2 (1). pp. 1-20. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
454kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meneliti fenomena Experience Economy (EE) atau Ekonomi Berasaskan Pengalaman (EBP) dalam konteks kepenggunaan di Bukit Bintang Kuala Lumpur. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti elemen Experience Economy di Bukit Bintang dan melihat kecenderungan empat elemen Experience Economy yang paling dominan di kawasan kajian. Empat elemen EE yang dikenal pasti terdiri daripada elemen Entertainment, Educational, Escapist dan Esthetics. Kajian ini juga menghubungkaitkan faktor demografi responden terhadap empat elemen EE. Kaedah kajian yang digunakan adalah kaedah kuantitatif dengan mengedarkan borang soal selidik kepada 100 orang responden. Teknik persampelan rawak berlapis diguna pakai dan hanya seramai 96 orang responden yang terlibat. Data dianalisis secara deskriptif dan menggunakan kaedah taburan silang (crosstab) bagi menghubungkaitkan faktor demografi responden terhadap keempat-empat elemen EE. Bagi mengenal pasti elemen yang dominan di kawasan kajian pula, pengkaji juga menggunakan nilai skor purata (mean) bagi setiap elemen. Hasil kajian mendapati bahawa, elemen EE yang paling dominan di Bukit Bintang adalah elemen Escapist iaitu dengan nilai purata 3.61 diikuti elemen Esthetics dan Entertainment 3.14, serta elemen Educational 2.82.

Item Type:Article
Keywords:Pengalaman ekonomi; Kepenggunaan; Ekonomi berasaskan pengalaman; Penggunaan; Nilai materialistic
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:20260
Deposited By: ms aida -
Deposited On:20 Oct 2022 01:37
Last Modified:25 Oct 2022 08:31

Repository Staff Only: item control page