Kebolehgajian bekas penagih dadah dari perspektif majikan

Adibah Hussin, and Rozmi Ismail, (2018) Kebolehgajian bekas penagih dadah dari perspektif majikan. Jurnal Wacana Sarjana, 2 (1). pp. 1-14. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
409kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2

Abstract

Kebanyakan bekas penagih dadah masih sukar untuk mendapatkan pekerjaan dalam sektor tertentu, meskipun pelbagai inisiatif telah diambil oleh pihak kerajaan. Objektif utama kajian adalah untuk mengukur persepsi serta mengenalpasti pandangan majikan terhadap bekas penagih dadah dalam konteks kebolehgajian. Reka bentuk kajian ‘mix-method’ telah digunakan untuk mengkaji persepsi majikan dan penerimaan mereka berdasarkan indikator yang telah diukur. Seramai 56 orang majikan telah terlibat dalam kajian ini. Kaedah temu bual secara ‘open space discussion’ dan soal selidik berkaitan kebolehgajian bekas penagih turut digunakan. Berdasarkan dapatan kualitatif, terdapat empat tema utama terhadap penerimaan bekas penagih oleh majikan iaitu imej bekas penagih dadah, keputusan tidak menggajikan mereka, memberi peluang kepada mereka dan bekas penagih berhenti kerja. Hasil dapatan kuantitatif menunjukkan bahawa majoriti majikan berpandangan bekas penagih mempunyai tahap yang sederhana dari segi kemahiran serta nilai yang dimiliki. Namun, penerimaan majikan terhadap bekas penagih umumnya masih terpengaruh dengan stigma negatif masyarakat. Dari aspek yang lain, mereka masih melihat beberapa aspek positif yang ada pada diri bekas penagih seperti rajin dan menjalankan tugas sehingga majikan bersedia memberi peluang kedua kepada mereka.

Item Type:Article
Keywords:Kebolehgajian; Majikan; Persepsi; Bekas penagih dadah; Pekerjaan
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:20262
Deposited By: ms aida -
Deposited On:20 Oct 2022 02:01
Last Modified:25 Oct 2022 08:33

Repository Staff Only: item control page