Nilai dimensi budaya : suatu kajian analisis kandungan ke atas filem pecah panggung Malaysia

Tizi Zabirah Mohd Suharta, and Abdul Latiff Ahmad, (2018) Nilai dimensi budaya : suatu kajian analisis kandungan ke atas filem pecah panggung Malaysia. Jurnal Wacana Sarjana, 2 (1). pp. 1-11. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
274kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2

Abstract

Kajian ini melihat sama ada filem Malaysia memaparkan “wajah” Malaysia berdasarkan kepada nilai dimensi budaya. Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji nilai dimensi budaya yang terdapat di dalam filem Malaysia melalui elemen-elemen model Hofstede serta mengkaji persamaan dan perkaitan kriteria filem mengikut nilai dimensi. Kajian ini menggunakan enam dimensi budaya teori Hofstede iaitu individualisme-kolektivisme, maskuliniti-feminin, jurang kuasa tinggi-rendah, pengelakan ketidakpastian tinggi - rendah, orientasi jangka panjang - pendek dan kepuasan dan pengawalan. Kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah analisis kandungan dan analisis tekstual di dalam mengenalpasti nilai-nilai dimensi yang ada di dalam setiap filem menerusi petikan-petikan dialog yang dipaparkan melalui gambar di dalam lima buah filem yang dikaji, iaitu Munafik, Polis Evo, The Journey, Ola Bola dan KL Gangster. Kajian mendapati kelima-lima filem mempunyai kesemua enam nilai dimensi budaya, dan persamaan yang terdapat menerusi watak utama bagi kelima-lima filem ialah, mereka mengamalkan nilai dimensi budaya pengelakan ketidakpastian tinggi dan kekangan serta elemen dimensi budaya kolektivisme di dalam pemaparan watak mereka. Menurut Hofstede, masyarakat Malaysia lebih cenderung untuk mempunyai nilai dimensi budaya kolektivisme yang tinggi. Hal ini dapat menunjukkan industri perfileman Malaysia telah menggambarkan dan mencerminkan wajah sebenar masyarakat Malaysia yang bersifat kolektivisme di dalam diri mereka, namun di dalam kajian ini terdapat dua elemen yang lebih menonjol iaitu pengelakan ketidakpastian tinggi serta kekangan di dalam watak-watak utama kelima-lima filem yang dikaji.

Item Type:Article
Keywords:Teori Hofstede; Nilai dimensi budaya; Filem pecah panggung; Pengelakan ketidakpastian tinggi; Kolektivisme
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:20263
Deposited By: ms aida -
Deposited On:20 Oct 2022 02:07
Last Modified:25 Oct 2022 08:34

Repository Staff Only: item control page