Pengaruh politik dalam muzik Indie di Malaysia

Nurul Amiera Norazizan, and Sharifah Nursyahidah Syed Annuar, (2018) Pengaruh politik dalam muzik Indie di Malaysia. Jurnal Wacana Sarjana, 2 (1). pp. 1-19. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
349kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2

Abstract

Muzik indie pada asalnya bermula dari bawah tanah sehingga ia mula meledak di arena arus perdana dan hampir membenamkan aliran tersebut. Tahun-tahun kegemilangan indie kemudiannya menjadikan indie sebahagian daripada budaya popular di Malaysia. Segenlintir daripada pemuzik indie yang mula dikenali masyarakat mula mengambil kesempatan dengan menjadikan kepopularan mereka sebagai medium untuk menyampaikan mesej yang berbaur politik dan penentangan kepada pemerintah. Walau bagaimanapun, masih tidak ada satu pun daripada mereka yang mengakuinya. Kajian ini akan mengkaji bagaimana indie menggunakan budaya popular sebagai medium untuk menyampaikan mesej politik. Selain dari itu, kajian ini juga akan mengkaji bagaimana budaya penentangan itu wujud dalam muzik indie. Seterusnya, kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu selain daripada menjalankan kajian ke perpustakaan dan menggunakan sumber alternatif seperti e-journal dan e-book, hasil daripada kajian ini juga turut diperolehi daripada kajian lapangan iaitu melalui temu bual. Kajian ini telah menemu bual seramai enam orang responden dan salah satu daripadanya ialah sebuah kumpulan indie yang sedang meningkat naik iaitu kumpulan Pitahati. Hasil kajian mendapati bahawa tiga daripada responden percaya bahawa terdapat mesej dan unsur penentangan di dalam lagu-lagu yang disampaikan oleh beberapa kumpulan indie. Walau bagaimanapun, ia datang dalam sulaman seni penulisan atau dalam kata makna lain bersifat tersirat. Manakala, tiga yang lainnya melihat mesej-mesej yang dikatakan berunsur penentangan itu hanyalah sekadar pendapat penulis lirik itu sendiri. Oleh itu, hasil perbincangan telah menyimpulkan bahawa perkataan penentangan itu tidak semestinya membawa kepada huru-hara atau bangkit untuk melawan kerana sehingga kini masih tiada lagi kumpulan indie yang disekat oleh autoriti berkuasa.

Item Type:Article
Keywords:Budaya popular; Penentangan; Muzik indie; Mesej; Arus perdana
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:20264
Deposited By: ms aida -
Deposited On:20 Oct 2022 02:14
Last Modified:25 Oct 2022 08:35

Repository Staff Only: item control page