Analisis konflik dalam Lara : satu pendekatan psikologi

Nur Hanani Najwa Md. Khairi, and Che Abdullah Che Ya, (2018) Analisis konflik dalam Lara : satu pendekatan psikologi. Jurnal Wacana Sarjana, 2 (1). pp. 1-18. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
474kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2

Abstract

Analisis kajian ini melihat konflik intrapersonal dan konflik interpersonal dalam Lara karya Azmah Nordin. Analisis kajian ini dijalankan dengan melihat daripada perspektif psikologi. Kewujudan konflik-konflik ini adalah disebabkan oleh timbulnya perasaan tidak puas hati, marah dan geram terhadap isu-isu yang berlaku dalam masyarakat yang menumpukan kepada sisi gelap dunia perubatan yang sememangnya berlaku pada masa kini seperti penyalahgunaan kuasa, penyelewengan etika, penindasan dan pembulian, masalah rumah tangga, rawatan penyakit kanser serta perbezaan idea dan pendapat. Konflik intrapersonal merangkumi jenis-jenis konflik yang terdiri daripada konflik intrapersonal terhadap staf dan kakitangan hospital, konflik intrapersonal terhadap ahli keluarga, konflik intrapersonal terhadap rakan-rakan dan orang ramai, konflik terhadap rawatan penyakit kanser, serta konflik terhadap situasi yang berlaku. Jenis-jenis konflik interpersonal pula terdiri daripada konflik antara ahli keluarga, konflik antara kakitangan hospital serta konflik antara rakan-rakan atau orang ramai. Konflik-konflik yang timbul ini sama ada dipendam dalam diri yang menyebabkan wujudnya persoalan dan andaian dalam diri atau diluahkan seterusnya menyebabkan berlakunya pertelingkahan, pertikaman lidah dan perselisihan faham sehingga kadangkala menyebabkan berlakunya pergaduhan secara fizikal antara watak. Hasil kajian mendapati watak-watak dalam novel Lara mempunyai konflik intrapersonal dan konflik interpersonal yang wujud disebabkan oleh isu-isu yang berlaku di sekeliling khususnya isu berkaitan dengan korupsi yang berlaku dalam dunia perubatan.

Item Type:Article
Keywords:Psikologi; Kuasa; Etika; Konflik intrapersonal; Konflik interpersonal
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:20265
Deposited By: ms aida -
Deposited On:20 Oct 2022 02:52
Last Modified:25 Oct 2022 08:36

Repository Staff Only: item control page