Penanda wacana dalam teks pelan pembangunan negara

Nor Hazila Mat Lazim, and Idris Aman, (2018) Penanda wacana dalam teks pelan pembangunan negara. Jurnal Wacana Sarjana, 2 (1). pp. 1-13. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
492kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menghuraikan unsur penanda wacana dan menjelaskan kerasionalan penggunaan penanda wacana dalam menjamin kelancaran maklumat atau gagasan utama yang terkandung dalam teks pelan pembangunan negara. Untuk itu, teks Rancangan Malaysia Kesebelas yang disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia keenam dimanfaatkan sebagai data kajian dan kerangka teori Nahu Fungsian Sistemik diterapkan. Dapatan hasil menunjukkan bahawa penanda wacana penambahan mendominasi teks pelan pembangunan negara. Penggunaannya merupakan satu wasilah bagi menambah maklumat-maklumat baru atau gagasan penting negara. Seterusnya, penanda wacana adverba tujuan pula mencatatkan penggunaan kedua tertinggi. Ini jelas menggambarkan bahawa teks ini mengandungi banyak tujuan atau objektif penting yang akan dilaksanakan dalam usaha mencapai status negara maju. Manakala, penanda wacana adverba manfaat mencatatkan kekerapan ketiga tertinggi dan membuktikan bahawa dasar-dasar pelaksanaan yang terkandung dalam pelan pembangunan negara akan memberi manfaat kepada seluruh lapisan masyarakat. Gelagat penanda wacana yang rencam dan bervariasi dalam teks pelan pembangunan negara menonjolkan fitrah teks tersebut yang bersifat ekspositori. Teks ini bukan sahaja menerangkan secara terperinci mengenai ‘apa’, ‘untuk siapa’, ‘bila’, ‘bagaimana’, bahkan menjelaskan sebab, akibat, faktor serta kesan mengenai sesuatu perkara, keadaan, peristiwa yang dianggap berkepentingan kepada negara.

Item Type:Article
Keywords:Penanda wacana; Teks pelan pembangunan negara; Nahu fungsian sistemik; Ekspositori
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:20266
Deposited By: ms aida -
Deposited On:20 Oct 2022 03:00
Last Modified:25 Oct 2022 08:37

Repository Staff Only: item control page