Elemen Cina Peranakan dalam tarian Menora di Kelantan

Norsyakilah Mat Hassan, and Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff, (2018) Elemen Cina Peranakan dalam tarian Menora di Kelantan. Jurnal Wacana Sarjana, 2 (1). pp. 1-11. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
338kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2

Abstract

Kertas kerja ini membincangkan mengenai elemen Cina dalam tarian Menora di Kelantan. Menora merupakan teater tari tradisional rakyat yang biasanya dimainkan pada pesta-pesta berkaitan dengan upacara dan perayaan Budha yang diadakan di Wat Budha. Masyarakat cina tempatan apabila berkahwin dengan orang Siam di Kelantan telah membentuk satu komuniti yang dipanggil Cina Peranakan. Mereka mengamal cara hidupan masyarakat Siam sehingga berlaku asimilasi budaya Cina dan Siam. Penghubungan yang erat telah menghasilkan penglibatan masyarakat Cina Peranakan dalam apa jua upacara dan perayaan sehingga telah berlaku penyerapan masuk elemen budaya cina ke dalamnya. Penyerapan yang berlaku banyak berlaku terutamanya pada seni tradisi tradisional iaitu tarian Menora. Kajian ini dilakukan bagi untuk menganalisis elemen-elemen Cina dalam Menora. Objektif kajian ini untuk mengenal pasti elemen-elemen cina dalam tarian menora. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian etnografi iaitu kajian lapangan dalam mengutip data-data kajian. Kajian lapangan dibahagikan kepada dua iaitu kajian lapangan dengan menggunakan teknik pemerhatian dan temubual secara berfokus. Bagi kajian di perpustakan dengan merujuk pada bahan-bahan bertulis dan bercetak untuk memperolehi maklumat untuk kajian. Teknik yang digunakan seperti analisis teks, bacaaan rapi dan wacana. Kertas kerja ini menggunakan teori asimilasi sebagai garis panduan dalam usaha mencari maklumat untuk kajian ini. Hasil dapatan mendapati bahawa wujudnya pengaruh Cina peranakan dalam seni tarian Menora. Justuru itu kajian ini diharap dapat memberi sumbangan yang bermakna kepada bidang kajian etnografi yang berkaitan dengan Cina Peranakan.

Item Type:Article
Keywords:Tarian Menora; Tradisional; Cina Peranakan; Asimilasi; Elemen; Siam
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:20267
Deposited By: ms aida -
Deposited On:20 Oct 2022 03:11
Last Modified:25 Oct 2022 08:38

Repository Staff Only: item control page