Slanga sebagai wahana komunikasi dalam kalangan remaja di Bengkalis

Tengku Fariqul Haq, and Harishon Radzi, (2018) Slanga sebagai wahana komunikasi dalam kalangan remaja di Bengkalis. Jurnal Wacana Sarjana, 2 (1). pp. 1-10. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
336kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2

Abstract

Slanga bukanlah satu bentuk fenomena baru dalam dunia bahasa, tetapi fenomena ini mula popular dan perkembangannya sangat pesat dalam kalangan remaja untuk masa sekarang ini. Pengkaji melihat hal yang demikian berlaku di Riau, Indonesia, khususnya di kawasan Bengkalis. Menerusi kajian ini, pengkaji berharap fenomena slanga tersebut dapat dibuktikan dan diterangkan dengan jelas. Dengan menggunakan teori domain penggunaan bahasa oleh Fishman (1972a) pengkaji akan membincangkan slanga remaja ini berdasarkan konteks. Hasil kajian menunjukkan bahawa slanga kalangan remaja di Bengkalis terbahagi kepada dua, iaitu slanga lelaki dan perempuan. Sebanyak 85 leksikal slanga diperolehi menerusi kajian lapangan kepada 60 responden remaja lelaki dan perempuan. Di samping itu, terdapat leksikal slanga yang merupakan bentuk peminjaman slanga bahasa Gaul (Indonesia) dan slanga daripada bahasa Inggeris. Kajian ini telah menyumbang kepada bidang ilmu bahasa, di samping dapat menambahkan lagi pengetahuan kepada slanga-slanga yang wujud dalam kalangan remaja berkenaan. Selain itu, kajian ini mendedahkan serba sedikit mengenai remaja di Bengkalis dan cara pergaulan mereka menerusi slanga-slanga yang dihasilkan.

Item Type:Article
Keywords:Slanga; Sosiolinguistik; Wahana komunikasi; Rema dan leksikal
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:20268
Deposited By: ms aida -
Deposited On:20 Oct 2022 03:17
Last Modified:25 Oct 2022 08:38

Repository Staff Only: item control page