Norfazilah Jahudin, and Nur Afifah Vanitha Abdullah, (2018) Sosiologi dalam drama Muzikal KL. Jurnal Wacana Sarjana, 2 (1). pp. 1-16. ISSN 2600-9501
|
PDF
472kB |
Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2
Abstract
Kajian ini menganalisis sebuah drama karya Hatta Azad Khan iaitu Muzikal KL dengan menggunakan kerangka konsep teori sosiologi yang membincangkan tiga aspek utama iaitu latar belakang pengarang, kritikan terhadap isu sosial dalam karya yang dikaji iaitu menjurus kepada beberapa perspektif utama iaitu budaya, ekonomi, politik dan sosial. Selain itu, aspek nilai turut diteliti dalam kajian ini. Karya ini dihasilkan melalui pemerhatian pengarang terhadap isu-isu yang terjadi di sekelilingnya. Kota metropolitan Kuala Lumpur dijadikan sebagai latar tempat iaitu sebuah kawasan yang berdepan dengan cabaran kemodenan dan pelbagai isu kemasyarakatan yang seterusnya menimbulkan kerungsingan pengarang. Kajian ini adalah bersifat kualitatif dan berbentuk fundamental. Sebagai instrumen kajian, analisis kandungan telah dilakukan serta memperolehi data daripada buku, kajian lepas, artikel jurnal dan internet. Data yang dikumpul adalah untuk menjawab persoalan apakah isu kemasyarakatan yang diangkat oleh pengarang dalam karya Muzikal KL? Oleh hal yang demikian, kajian ini mendapati isu-isu yang diketengahkan dalam karya tersebut merupakan refleksi atau mencerminkan kisah sebenar yang berlaku di Kuala Lumpur. Ini menunjukkan bahawa Hatta Azad Khan telah membawa isu besar berkenaan dengan kerencaman sosial dalam kalangan masyarakat Malaysia yang patut diberi perhatian. Idea-idea yang bernas daripada Hatta adalah selari dengan pengalaman dan penglibatan beliau dalam bidang penulisan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Muzikal KL; Hatta Azad Khan; Pendekatan sosiologi; Kritikan sosial; Aspek nilai |
Journal: | Jurnal Wacana Sarjana |
ID Code: | 20271 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 20 Oct 2022 03:35 |
Last Modified: | 25 Oct 2022 08:41 |
Repository Staff Only: item control page