Sosiologi dalam filem Werewolf Dari Bangladesh (2015) arahan Mamat Khalid

Suraidah Ambok Mangkek, and Nur Afifah Vanitha Abdullah, (2018) Sosiologi dalam filem Werewolf Dari Bangladesh (2015) arahan Mamat Khalid. Jurnal Wacana Sarjana, 2 (1). pp. 1-16. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
548kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2

Abstract

Filem Werewolf Dari Bangladesh (2015) arahan Mamat Khalid mengisahkan tentang serangan serigala jadian di negara Bangladesh telah menular ke negara Malaysia. Beliau telah telah mengangkat warga Bangladesh sebagai watak utama dalam file ini. Sehubungan itu, dengan menggunakan pendekatan sosiologi yang dipeloporkan oleh Hippolyte Taine (1828), kajian ini bertujuan menjawab persoalan, apakah kritikan-kritikan sosial yang disampaikan oleh pengarah dalam filem ini dengan mengangkat watak warga Bangladesh sebagai watak utama? Penelitian fundamental digunakan bagi menjawab persoalan tersebut, analisis kandungan dipilih sebagai instrumen kajian utama untuk memperoleh data daripada filem, artikel, jurnal, surat khabar, internet dan kajian lepas. Pemerhatian turut dilakukan terhadap penontonan filem Werewolf Dari Bangladesh (2015). Kertas kerja ini merakamkan dapatan kajian bahawa terdapat banyak aspek kritikan sosial yang diselitkan dalam filem Werewolf Dari Bangladesh (2015) dari sudut isu sosial, ekonomi dan juga politik. Pengarah mengangkat watak warga Bangladesh sebagai watak utama didorong oleh pemerhatian pengarah terhadap kebanjiran pekerja warga asing ke negara Malaysia. Sinikal beliau seperti perspektif masyarakat terhadap pekerja warga asing, percaya terhadap amalan-amalan khurafat, lambakan pekerja warga asing, budaya dalam aktiviti perniagaan, isu pendatang asing tanpa izin (PATI) dan sebagainya adalah sebagai sebuah mesej kepada masyarakat. Seterusnya, aspek-aspek nilai juga turut diselitkan dalam penceritaan filem tersebut agar dijadikan sebagai teladan dan pengajaran agar masyarakat lebih berdaya saing.

Item Type:Article
Keywords:Kritikan filem; Filem Melayu; Mamat Khalid; Pendekatan sosiologi; Kritikan sosial
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:20272
Deposited By: ms aida -
Deposited On:20 Oct 2022 04:35
Last Modified:25 Oct 2022 08:43

Repository Staff Only: item control page