Siti Maisaroh, and Novel Anak Lydon, (2018) Jurang sosial mempengaruhi penceraian dalam kalangan etnik Melayu : kajian kes di Kota Bharu, Kelantan. Jurnal Wacana Sarjana, 2 (1). pp. 1-8. ISSN 2600-9501
|
PDF
556kB |
Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2
Abstract
Kajian ini dilakukan untuk menghuraikan tentang institusi perkahwinan, penceraian dan fungsi keluarga dalam kalangan masyarakat Melayu. Tujuannya adalah untuk memahami dan menganalisis bagaimana sesebuah ikatan perkahwinan itu terlerai disebabkan oleh beberapa faktor yang tertentu. Perbincangan dalam kajian ini memberi fokus kepada permasalahan yang wujud dalam rumahtangga yang mengakibatkan berlakunya penceraian antara suami dan isteri. Data dan maklumat secara mendalam telah diperolehi oleh penyelidik semasa menjalankan kajian lapangan. Penyelidik telah menemu bual seramai lima orang informan yang terpilih dalam menjalankan kajiannya. Kajian ini juga mendapati bahawa faktor perubahan masyarakat ke arah unsur-unsur moden telah melemahkan peranan dan tangunggjawab suami dan isteri yang akhirnya mencetuskan penceraian dalam ikatan perkahwinan mereka. Selain itu, fungsi keluarga memainkan peranan yang penting dalam mengawal keadaan keluarga dan secara tidak lansung keluarga merupakan salah satu aspek pembentukan masyarakat pada hari ini. Ringkasnya, hasil kajian mendapati bahawa penceraian dalam kalangan suami dan isteri berlaku disebabkan oleh tiga faktor yang utama iaitu dari segi pekerjaan, agama dan pendidikan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Perkahwinan; Penceraian; dan Fungsi keluarga |
Journal: | Jurnal Wacana Sarjana |
ID Code: | 20273 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 20 Oct 2022 04:50 |
Last Modified: | 25 Oct 2022 08:44 |
Repository Staff Only: item control page