Amirah Md Ibrahim, and Mohamed Yusoff Mohd Nor, (2018) Hubungan kepemimpinan guru dengan pengurusan bilik darjah di Sekolah Menengah Pulau Pinang. Jurnal Wacana Sarjana, 2 (1). pp. 1-11. ISSN 2600-9501
|
PDF
297kB |
Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2
Abstract
Tujuan kajian kuantitatif ini adalah untuk mengenalpasti hubungan antara amalan kepemimpinan guru dengan pengurusan bilik darjah. Sampel kajian terdiri daripada 107 orang guru dari tiga buah sekolah menengah di daerah Timur Laut, Pulau Pinang. Rekabentuk kajian adalah berbentuk kuantitatif. Borang soal selidik yang mengandungi bahagian A, B dan C adalah instrumen yang digunakan dalam kajian ini Penganalisian data yang dikumpul menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 23.0. Analisis kajian statistik deskriptif digunakan dalam kajian ini seperti kekerapan, min dan peratus. Manakala analisis statistik inferensi menggunakan Ujian Korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan tahap amalan kepemimpinan guru adalah tinggi iaitu dengan nilai min=4.166. Tahap amalan pengurusan bilik darjah guru sekolah menengah di Timur Laut juga tinggi iaitu dengan nilai min=4.095. Analisis Ujian Korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kedua-dua pembolehubah ini. Dimensi menghadapi dan meminimumkan krisis (min = 4.24, SP =0.423) dalam kepemimpinan guru adalah paling kerap diamalkan berbanding dimensi lain.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Amalan kepemimpinan guru; Pengurusan bilik darjah; Sekolah menengah |
Journal: | Jurnal Wacana Sarjana |
ID Code: | 20275 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 20 Oct 2022 07:55 |
Last Modified: | 25 Oct 2022 08:46 |
Repository Staff Only: item control page