Perubahan sosial masyarakat Siam di Pendang, Kedah

Khuarul Nisaq Abdul Majid, and Ngui, Clarence Yew Kit (2018) Perubahan sosial masyarakat Siam di Pendang, Kedah. Jurnal Wacana Sarjana, 2 (1). pp. 1-15. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
477kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2

Abstract

Masyarakat Siam merupakan golongan minoriti di Malaysia. Penempatan orang Siam bertumpu di kawasan utara semenanjung, khususnya di Kedah, Perlis dan Kelantan. Walaupun bilangan orang Siam rendah, pencapaian sosial mereka seiring dengan kaum Melayu, Cina dan India di Malaysia. Penempatan orang Siam di Kedah bermula secara besar-besaran semasa pemerintahan Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1882-1942). Pada masa itu, Raja Siam Rama V Chulalongkorn (1868-1910) menggalakkan rakyatnya berhijrah untuk mencari kawasan pertanian dan menetap di Kedah. Kertas kerja ini melihat secara khusus kepada masyarakat Siam di Daerah Pendang, Kedah, yakni permulaan dan perkembangan mereka. Hari ini, walaupun bilangan orang Siam rendah di Pendang, masyarakat minoriti ini banyak terlibat dalam aktiviti sosial dan kebanyakan mereka sudah mencapai kemajuan dalam aspek sosial. Dengan merujuk kepada sumber bertulis seperti Surat Menyurat Sultan Abdul Hamid, sumber lisan dan pemerhatian lihat pandang, kertas kerja ini meneliti perkembangan sejarah sosial masyarakat Siam di Pendang, sebagai sebuah masyarakat minoriti dalam perkembangan Malaysia semasa zaman kolonial dan pasca kemerdekaan. Secara keseluruhan, kertas kerja ini mengisi kelompongan kajian orang Siam di Malaysia dan membuka ruangan kepada kajian masyarakat minoriti yang lain di negara ini.

Item Type:Article
Keywords:Siam; Kedah; Pendang; Sejarah; Perubahan sosial
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:20278
Deposited By: ms aida -
Deposited On:20 Oct 2022 08:16
Last Modified:25 Oct 2022 08:56

Repository Staff Only: item control page