Nadiah Mohd Zakie, and Sarmila Md Sum, (2018) Sumbangan tanggungjawab sosial korporat terhadap amalan pelaburan : kajian kes Program Seminar 360 Hari 1 Malaysia. Jurnal Wacana Sarjana, 2 (1). pp. 1-12. ISSN 2600-9501
|
PDF
362kB |
Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2
Abstract
Amalan menabung adalah penting bagi membantu perkembangan ekonomi masyarakat juga dapat meningkatkan kadar tabungan negara. Kesedaran berkaitan kepentingan pelaburan di kalangan masyarakat Malaysia telah wujud tetapi tahapnya masih rendah. Justeru itu kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sejauh mana program tanggungjawab sosial syarikat (CSR) dapat membantu menangani isu ini. Program Seminar 360 Hari 1 Malaysia anjuran Permodalan Nasional Berhad (PNB), Kuala Lumpur dipilih bagi mencapai tujuan ini. Elemen-elemen tahap pengetahuan, kesedaran, kefahaman, ketersampaian maklumat dan sikap berkaitan pelaburan yang seterusnya mempengaruhi keputusan pelaburan peserta program akan dikaji. Seramai 75 orang peserta yang menyertai program ini telah dipilih sebagai responden. Hasil kajian menunjukkan tahap kesedaran pelaburan adalah tinggi, diikuti tahap kefahaman pelaburan, tahap pengetahuan pelaburan dan tahap ketersampaian maklumat berkaitan pelaburan. Namun sikap terhadap pelaburan bagi peserta masih berada pada tahap sederhana. Hasil analisa kajian mendapati Program Seminar 360 hari berpotensi membantu peserta membuat keputusan dalam pelaburan. Program CSR yang menekankan kepada pendidikan dan pelaburan ini cenderung untuk menarik minat pengguna melibatkan diri dalam aktiviti pelaburan serta menjadi pemangkin untuk merealisasikan potensi peningkatan pelaburan di Malaysia.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Tanggungjawab sosial korporat; Pendidikan pelaburan; Kefahaman; Kesedaran; Sikap pelaburan |
Journal: | Jurnal Wacana Sarjana |
ID Code: | 20279 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 20 Oct 2022 08:23 |
Last Modified: | 25 Oct 2022 08:57 |
Repository Staff Only: item control page