Interaksi tuan rumah dan pelancong antarabangsa dalam pelancongan budaya di Kampung Morten, Melaka

Ng, Sheue Li and Habibah Ahmad, and Hamzah Jusoh, (2018) Interaksi tuan rumah dan pelancong antarabangsa dalam pelancongan budaya di Kampung Morten, Melaka. Jurnal Wacana Sarjana, 2 (1). pp. 1-18. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2

Abstract

Dalam bidang pelancongan, interaksi antara tuan rumah dan pelancong antarabangsa berpotensi untuk membawa kedatangan pelancong antarabangsa ke suatu negara. Negara Malaysia dikenali sebagai destinasi pelancongan yang mesra dan ini tidak terkecuali dengan negeri Melaka. Pengiktirafan sebagai tapak warisan bersejarah UNESCO, negeri Melaka telah menentukan strategi untuk menyambut kedatangan pelancong antarabangsa, antaranya ialah memberi penumpuan kepada keperluan pelancong antarabangsa dan pengalaman, dalan konteks ruang dan peluang untuk berinteraksi. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis sejauh mana interaksi antara tuan rumah dan pelancong antarabangsa di Kampung Morten. Kajian ini merangkumi 100 orang tuan rumah dan 150 orang pelancong antarabangsa. Melalui kajian ini, hasil kajian telah menunjukkan bahawa kedua-dua pihak tuan rumah dan pelancong antarabangsa amat berpuas hati dengan interaksi antara satu sama lain di Kampung Morten dengan purata 2.87 dan 3.87 masing-masing. Secara ringkasnya, interaksi antara tuan rumah dan pelancong antarabangsa di Kampung Morten amat dinikmati oleh pelancong antarabangsa manakala tuan rumah melayan dengan berpuas hati.

Item Type:Article
Keywords:Interaksi; Kampung Morten; Pelancong antarabangsa; Tuan rumah
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:20282
Deposited By: ms aida -
Deposited On:20 Oct 2022 08:45
Last Modified:25 Oct 2022 09:01

Repository Staff Only: item control page