Unsur feminisme dalam peribahasa Melayu : analisis semantik kognitif

Siti Nur Izzaty Salit, and Norsimah Mat Awal, and Harishon Radzi, (2018) Unsur feminisme dalam peribahasa Melayu : analisis semantik kognitif. Jurnal Wacana Sarjana, 2 (1). pp. 1-10. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
340kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2

Abstract

Peribahasa merupakan satu khazanah yang penting terutamanya dalam bahasa Melayu. Peribahasa berperanan penting sebagai alat untuk menasihati dan memberi teguran tanpa menyinggung perasaan sesiapa dalam masyarakat Melayu tradisional. Unsur feminisme di dalam peribahasa Melayu dilihat mempunyai kecenderungan untuk bersifat negatif melalui kajian-kajian oleh pengkaji lepas. Makalah ini bertujuan mengenal pasti unsur feminisme yang terkandung di dalam peribahasa Melayu. Teori semantik kognitif digunakan bagi menganalisis unsur-unsur feminisme tersebut terutamanya dalam aspek skema imej dan metafora konseptual. Data peribahasa diambil daripada buku “Peribahasa Melayu: Penelitian Makna dan Nilai” yang melibatkan kesemua peribahasa bermula dari abjad A sehingga abjad Z. Berdasarkan data, terdapat 17 peribahasa daripada 5489 peribahasa yang mengandungi unsur feminisme. Unsur-unsur feminisme dapat dikategorikan kepada 3 iaitu (i) ciri-ciri positif wanita, (ii) ketertinggian darjat wanita dan (iii) peningkatan taraf atau kualiti hidup wanita.

Item Type:Article
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:20285
Deposited By: ms aida -
Deposited On:21 Oct 2022 00:33
Last Modified:25 Oct 2022 09:03

Repository Staff Only: item control page