Penyusuan bayi dalam kalangan wanita berkerjaya : satu tinjauan

Siti Nur Hidayah Mahdizam, and Yew, Vivien W.C. (2018) Penyusuan bayi dalam kalangan wanita berkerjaya : satu tinjauan. Jurnal Wacana Sarjana, 2 (1). pp. 1-10. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
386kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2

Abstract

Proses industrialisasi dan urbanisasi telah meninggalkan kesan yang penting ke atas status dan peranan kaum wanita. Akibat daripada kedua-dua proses itu, peluang-peluang pekerjaan yang baru telah memindahkan wanita dari ruang domestik kepada ruang awam, di rnana mereka memegang berbagai profesion di dalam sektor-sektor industri, pentadbiran dan perniagaan. Apabila berkahwin, wanita dijangkakan dapat mengendalikan urusan rumah tangga dan menjaga anak. Wanita ini rnendapati diri mereka terpaksa menggabungkan peranan tradisional mereka sebagai isteri dan ibu dengan peranan baru sebagai pekerja. Peranan di dalam bidang domestik dan awam ini lazimnya "demanding" dan memerlukan tenaga, masa dan perhatian. Wanita ini seterusnya mengalami konflik peranan memandangkan yang status dan peranan mereka di dalam ruang domestik dan awam ini dihalakan untuk mmencapai matlamat-matlamat yang berbeza. Sepertimana yang sedia maklum, di seorang wanita yang telah berkahwin diharapkan dapat menjaga, menyusukan bayi mereka dengan susu ibu sepenuhnya, mendidik anak-anak di samping menjadi teman kepada suaminya. Namun demikian, kehidupan seorang wanita bekerjaya menjadi semakin kompleks dalam memenuhi keperluan bayi mereka untuk menyusu susu ibu. Walaupun mereka mempunyai pengetahuan tinggi mengenai kebaikan susu ibu yang berkhasiat untuk perkembangan dan pertumbuhan bayi yang diperoleh namun disebabkan kekangan yang dihadapi oleh mereka yang bekerjaya meyebabkan mereka terpaksa memilih susu formula bagi menggantikan penyusuan susu ibu.

Item Type:Article
Keywords:Ibu; Kerjaya; Malaysia; Penyusuan bayi; Wanita
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:20286
Deposited By: ms aida -
Deposited On:21 Oct 2022 00:39
Last Modified:25 Oct 2022 09:04

Repository Staff Only: item control page