Pembangunan program homestay di wilayah utara semenanjung Malaysia: profil, produk dan prospek (homestay development programme in the Northern Region of Peninsular Malaysia: profile, products and prospects)

Jabil Mapjabil, and Siti Asma’ Mohd Rosdi, and Munir Shuib, and Sharmini Abdullah, (2011) Pembangunan program homestay di wilayah utara semenanjung Malaysia: profil, produk dan prospek (homestay development programme in the Northern Region of Peninsular Malaysia: profile, products and prospects). Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 7 (2). pp. 45-54. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
241kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v1/index.php

Abstract

Program homestay ialah pelancongan berasaskan komuniti yang menawarkan kepada pelancong pengalaman alam semulajadi dan gaya hidup desa tempatan. Ianya merupakan program yang semakin menarik minat dan perhatian di Wilayah Pembangunan Utara Malaysia (WPUM) kerana kedayaannya menjadi pentas bagi melibatkan komuniti tempatan dalam usaha menyemarakkan potensi ekonomi sumber budaya tempatan dan memelihara alam sekitar. Kertas ini menampilkan dapatan kajian lapangan yang meneliti pembangunan program homestay di WPUM. Program ini mengandungi 26 homestay (9 diPenang, 14 di Kedah dan 3 di Perlis) dan melibatkan 552 operator. Kajian mendapati bahawa kebanyakan operator homestay adalah terdiri daripada wanita berusia 40-60 tahun yang berkahwin dan berkeluarga serta mempunyai pendidikan menengah. Tarikan alam semula jadi utama ialah Gua Kelam dan Taman Herba di Perlis, pulau Pinang sendiri terutama sejak ianya di iktiraf oleh UNESCO sebagai warisan dunia, dan pulau bersejarah Langkawi. Tarikan budaya utama pula berkisar di sekitar gaya hidup Melayu utara terutamanya adat istiadat dan loghat tempatan. Kesimpulannya, program homestay menyerlahkan potensinya sebagai sumber penting pembangunan bagi WPUM sejajar dengan matlamat Plan Induk Pembangunan Pelancongan Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:luar bandar; pelancongan; pembangunan komuniti; produk program homestay; profil program homestay; program homestay
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:2029
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:22 Jun 2011 07:00
Last Modified:14 Dec 2016 06:30

Repository Staff Only: item control page