Pembingkaian isu liberalisme agama dalam portal berita di Malaysia

Shahrul Nazmi Sannusi, and Nurimanah Seman, (2018) Pembingkaian isu liberalisme agama dalam portal berita di Malaysia. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 13 (1). pp. 1-17. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
352kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1083

Abstract

Isu liberalisme agama sering menjadi perhatian akhbar di Malaysia terutamanya apabila menyentuh kedudukan Islam dalam perlembagaan. Kajian ini memfokuskan kepada liberalisme agama yang dibawa oleh G25 yang mengkritik Undang-undang Khalwat sebagai menceroboh peribadi orang awam. Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti bagaimana Malaysiakini, Utusan Online dan Sinar Online melaporkan berita liberalisme agam. Selain itu, kajian ini juga untuk melihat bentuk pembingkaian daripada penonjolan dan pemilihan isu yang dilakukan oleh ketiga-tiga portal tersebut sebagai maklumat yang perlu diketahui oleh khalayak. Sebanyak 85 artikel dari ketiga-tiga portal telah dikumpulkan (mulai 1 November 2015 hingga 31 Januari 2016) dengan memberi tumpuan kepada isu pemansuhan undang-undang khalwat oleh G25. Hasil kajian mendapati bahawa tidak timbul isu mempolitikkan agama dalam kes liberalisme agama G25. Hasil kajian mendapati, Utusan Online dan Sinar Online mempertahankan Islam bersandarkan kepada perlembagaan walaupun mempunyai latar belakang pemilikan media yang berbeza. Selain itu kajian ini juga memberikan definisi istilah liberalisme agama yang diterjemahkan media sebagai sesuatu usaha yang berkaitan dengan meminggirkan agama, tidak suka hidup beragama dan menolak undang-undang yang mengongkong hak asasi dan kebebasan manusia. Pemilihan dan penonjolan yang dibuat media dalam isu ini menjadikan konsep liberalisme itu difahami sebagai mendatangkan bahaya kepada umat Islam. Menerusi analisis pembingkaian, dapat dilihat dengan jelas apa yang ada dalam pemikiran pengamal media. Sama ada berita yang diterbitkan itu bertujuan untuk memberitahu, sekadar melaporkan atau mencetuskan kontroversi.

Item Type:Article
Keywords:Pembingkaian; Portal; Berita; G25; Liberalisme
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:20295
Deposited By: ms aida -
Deposited On:25 Oct 2022 00:41
Last Modified:28 Oct 2022 01:32

Repository Staff Only: item control page