Teori dalam penyelidikan media : analisis tahun 2002 hingga 2012

Mohd Sobhi Ishak, and Azahar Kasim, and Awan Ismail, and Norsiah Abdul Hamid, (2018) Teori dalam penyelidikan media : analisis tahun 2002 hingga 2012. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 13 (1). pp. 1-20. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
535kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1083

Abstract

Artikel ini mengetengahkan kajian yang dijalankan bagi mengenal pasti teori penyelidikan media di seluruh dunia berdasarkan artikel-artikel akademik dalam pangkalan data akademik dalam talian serta mengenal pasti bidang-bidang media yang menjadi tumpuan penyelidikan. Artikel ini turut membincangkan lapan teori utama yang paling kerap diaplikasikan dalam kajian media iaitu Teori Pemupukan, Penentuan Agenda, Kekayaan Media, Kegunaan dan Kepuasan, Gatekeeping, Model Penerimaan Teknologi, Difusi Inovasi, dan Teori Gabungan Penerimaan dan Penggunaan Teknologi. Pendekatan penelitian literatur diaplikasikan bagi mengenal pasti teori yang digunakan oleh penyelidikan media sepanjang tahun 2002 hingga 2012 berdasarkan artikel-artikel yang diterbitkan dalam pangkalan data akademik yang dilanggan oleh Perpustakaan Universiti Utara Malaysia. Akses terhadap empat pangkalan data dengan menggunakan kata kunci yang berkaitan telah menghasilkan carian sebanyak 2,366 artikel penyelidikan media yang diterbitkan di dalam 951 kategori jurnal untuk tempoh 2002 hingga 2012. Trend penyelidikan media sepanjang satu dekad tersebut menunjukkan media adalah bidang inter-disiplin yang fleksibel. Disebabkan itu, artikel-artikel yang diperoleh dalam kajian ini tidak terkhusus kepada jurnal media semata-mata. Perbincangan terhadap media dalam bidang kajian yang berbeza membolehkannya diperlihatkan dari perspektif yang pelbagai yang akhirnya menyaksikan kajian media diterbitkan dalam jurnal dengan tahap impak yang berbeza.

Item Type:Article
Keywords:Media; Teori; Pangkalan data akademik; Penelitian literatur; Dalam talian
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:20297
Deposited By: ms aida -
Deposited On:25 Oct 2022 00:56
Last Modified:28 Oct 2022 01:33

Repository Staff Only: item control page