Perlaksanaan dan cabaran penglibatan belia dalam parlimen belia Malaysia

Mohd Uzaini Mohamad Sani, and Suhana Saad, (2018) Perlaksanaan dan cabaran penglibatan belia dalam parlimen belia Malaysia. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 13 (1). pp. 1-17. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
409kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1083

Abstract

Belia merupakan populasi terbesar penduduk dunia masakini dan dijangkakan akan berlaku peningkatan sebanyak 1.3 bilion orang lagi menjelang tahun 2030. Oleh itu, belia harus mengetahui ruang di mana mereka boleh melaksanakan hak-hak sivik dan politik serta menyumbang kepada proses pembuatan keputusan yang memberi impak terhadap kehidupan mereka dan negara. Jadi sejauhmana Parlimen Belia Malaysia (PBM) menyediakan ruang untuk penyertaan belia dalam proses pembuatan keputusan ini? Kertas ini bertujuan meneliti perlaksanaan PBM, proses serta cabaran penglibatan belia dalam PBM. Data untuk kajian ini diperolehi melalui kaedah bancian terhadap perwakilan PBM sidang 2015-2016 yang berjumlah 133 orang disokong juga dengan temubual terhadap perwakilan dan sekretariat PBM. Perlaksanaan PBM menyediakan platform terbaik dalam menyuarakan pandangan belia, namun demikian terdapat beberapa cabaran yang terpaksa dihadapi iaitu kekurangan dana kewangan bagi pelaksanaan program atas kapasiti sebagai perwakilan, kekurangan perwakilan belia dalam institusi politik, kurangnya promosi dan hebahan, respon yang perlahan dan perspektif negatif golongan dewasa, fokus kepada jawatankuasa yang diwakili, masa/penjadualan dan kesediaan menggunakan pengaruh yang kuat. Antara cadangan yang boleh dipertimbangkan ialah meningkatkan promosi PBM, penambahan perwakilan belia, minimakan kawalan terhadap usul dan komitmen pelaksanaan dan pemberian maklumbalas. Sungguhpun demikian, dapat dirumuskan penyediaan platform yang membenarkan penglibatan belia dalam pembuatan keputusan memberi impak positif terhadap pembangunan kapasiti belia dan sumbangan kepada kerajaan.

Item Type:Article
Keywords:Parlimen Belia Malaysia; Pembuatan keputusan; Penyertaan belia; Kerajaan; Demokrasi
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:20298
Deposited By: ms aida -
Deposited On:25 Oct 2022 01:02
Last Modified:28 Oct 2022 01:34

Repository Staff Only: item control page