Salasilah atau tarekh kerja-an Kedah (1911) : naskhah Melayu Kedah yang terpinggir

'Aisyah Kamaruddin, and Mahani Musa, (2022) Salasilah atau tarekh kerja-an Kedah (1911) : naskhah Melayu Kedah yang terpinggir. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 49 (2). pp. 1-24. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
542kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1535

Abstract

Makalah ini membincangkan naskhah Salasilah atau Tarekh Kerjaan Kedah yang dikarang oleh Wan Yahya Wan Mahamad Taib terutamanya menyorot persoalan mengapa teks yang diterbitkan pada 1911 itu dihentikan cetakannya dan sumbangan teks tersebut kepada pensejarahan Kedah. Meskipun agak tenggelam jika dibandingkan dengan dua lagi teks persejarahan Kedah iaitu Hikayat Merong Mahawangsa dan At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah (1928), teks ini memaparkan suatu sudut pandangan yang berani dan telus pengarang yang berkebetulan juga merupakan seorang pembesar terhadap perkembangan yang berlaku di negeri Kedah yang sewaktu pengarangannya sedang dihimpit oleh dua kuasa besar, Siam dan British. Penyelidikan ini menggunakan kaedah kualitatif yakni merujuk kepada sumber pertama yang diperoleh dari Arkib Negara Malaysia Cawangan Kedah/Perlis, Perpustakaan Awam Negeri Kedah dan Perpustakaan Hamzah Sendut Universiti Sains Malaysia. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa di sebalik kritikan secara langsung terhadap golongan pemerintah, teks Salasilah atau Tarekh Ker-jaan Kedah merupakan sumber tempatan dan sezaman yang penting yang berusaha mengangkat kewibawaan golongan elit Kedah dalam memastikan kelangsungan kesultanan tersebut sehingga awal abad ke-20.

Item Type:Article
Keywords:Salasilah atau Tarekh Ker-jaan Kedah; Sultan Abdul Hamid Halim Shah; Persejarahan Kedah; Hikayat Merong Mahawangsa; At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:20302
Deposited By: ms aida -
Deposited On:25 Oct 2022 03:15
Last Modified:28 Oct 2022 01:46

Repository Staff Only: item control page