Peralihan pentadbiran Jepun kepada Thailand dan kesannya terhadap golongan elit Melayu di Kedah, 1943-1945

Nur Azrin Mohammed Mohayaddi, and Adnan Jusoh, (2022) Peralihan pentadbiran Jepun kepada Thailand dan kesannya terhadap golongan elit Melayu di Kedah, 1943-1945. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 49 (2). pp. 107-132. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
773kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1535

Abstract

Artikel ini memfokuskan tentang peralihan pentadbiran Jepun kepada Thailand dan kesannya terhadap golongan elit Melayu di Kedah, 1942-1945. Skop artikel ini merangkumi zaman pentadbiran Jepun di Kedah dan setelah Jepun menyerahkan kembali pentadbiran Kedah kepada Thailand pada 18 Oktober 1943 hinggalah tamatnya kekalahan Jepun pada tahun 1945. Setelah itu, Thailand secara sukarela menyerahkan semula pentadbiran di Negeri-negeri Melayu Utara kepada pihak British pada 15 Ogos 1945. Kaedah kualitatif telah digunakan untuk menghasilkan artikel ini dengan menganalisis sumber primer seperti fail-fail kerajaan, surat khabar, peta, dokumen dan lain-lain. Hasil kajian mendapati perubahan pentadbiran Jepun dan kerajaan Thailand di Kedah telah memberi kesan terhadap golongan elit Melayu di Kedah. Kedudukan Sultan tidak diiktiraf melainkan hanya dijadikan sebagai simbol agama kepada rakyat. Begitu juga dengan golongan elit yang lain, kebanyakan mereka melarikan diri kerana tidak mahu bekerjasama dengan Jepun. Setelah pentadbiran diserahkan kepada kerajaan Thailand, kedudukan elit Kedah tidaklah sukar jika dibandingkan dengan zaman pentadbiran Jepun. Kuasa pentadbiran dikembalikan kepada pentadbiran awam. Montri Spa diwujudkan dan kuasa Sultan sebagai ketua negeri dikembalikan. Kerajaan Thailand hanya bertindak untuk meneruskan apa yang telah dilakukan oleh pihak British dengan nasihat dari seorang penasihat Thailand yang ditempatkan di Kedah. Segala yang dibincangkan di dalam mesyuarat serta keputusan yang diambil perlu diminitkan kepada Pesuruhjaya Tinggi Tentera di Bangkok. Kesimpulannya, perubahan pentadbiran dari Jepun kepada Thailand di Kedah telah memberi kesan secara langsung terhadap golongan elit Melayu.

Item Type:Article
Keywords:Kedah; Pentadbiran; Jepun; Thailand; Elit Melayu
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:20306
Deposited By: ms aida -
Deposited On:25 Oct 2022 04:07
Last Modified:28 Oct 2022 01:50

Repository Staff Only: item control page