Perubahan kualiti air bawah tanah di negeri Kelantan pada tahun 2010 hingga 2012

Mohd Faiz Faridzuan Roslan, and Noorazuan Md Hashim, (2018) Perubahan kualiti air bawah tanah di negeri Kelantan pada tahun 2010 hingga 2012. Jurnal Wacana Sarjana, 2 (2). pp. 1-11. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
429kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/7

Abstract

Air bawah tanah adalah satu badan penting kepada yang terdapat di dalam bumi. Penerobosan air laut telah memberi kesan terhadap kualiti air bawah tanah. Kajian ini dilakukan adalah bagi menganalisis tahap kualiti air bawah tanah dalam konteks kemasinan dan kandungan klorida di beberapa lokasi jajahan negeri Kelantan daripada tahun 2010 hingga tahun 2012. Selain itu, parameter lain yang diukur dalam kajian ini adalah kandungan logam berat yang terdapat di dalam air bawah tanah. Metod kajian ini adalah mengukur min bagi setiap parameter. Penilaian turut dibuat terhadap kualiti air tanah berdasarkan kepada had piawai dalam Garis Panduan Kebangsaan bagi Kualiti Air Mentah untuk Minuman, 2000 (NGRDWQ) dan Standard Kualiti Air Minum. Hasil daripada data yang diperolehi mendapati tahap kemasinan air adalah berada pada tahap kurang daripada 2 ppt. Namun bagi kandungan klorida yang terdapat dalam air bawah tanah tersebut pula adalah melebihi daripada 250 mg/l. Ini mendapati tahap air adalah berada pada tahap air payau. Manakala bagi parameter logam berat pula didapati terdapat beberapa jenis logam yang melebihi piawai ditetapkan seperti AS (0.062 mg/l), Cr (0.0213 mg/l), Fn (10.0 mg/l) dan Mn (1.0 mg/l). Hasil daripada kajian ini menunjukkan tahap kualiti air bawah tanah di negeri Kelantan masih lagi berada pada tahap yang baik walaupun kualiti air telah berubah akibat daripada penerobosan air laut.

Item Type:Article
Keywords:Air bawah tanah; Penerobosan air laut; Tahap kemasinan; Klorida; Logam berat
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:20308
Deposited By: ms aida -
Deposited On:25 Oct 2022 04:41
Last Modified:31 Oct 2022 07:13

Repository Staff Only: item control page