Isu pekerjaan orang kurang upaya pendengaran : kajian kes di Selangor

Mohhairil Isaruddin, and Mohammad Wafiq Lokman, and Aizan Sofia Amin, (2018) Isu pekerjaan orang kurang upaya pendengaran : kajian kes di Selangor. Jurnal Wacana Sarjana, 2 (2). pp. 1-10. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
369kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/7

Abstract

Orang Kurang Upaya (OKU) sering mengalami pelbagai isu dan permasalahan yang berkait dengan ketakupayaan mereka dalam masyarakat. OKU masih tidak mendapat peluang dan hak yang saksama berbanding orang lain dalam kehidupan seharian terutamanya bagi OKU pendengaran. Antara isu yang sering dihadapi oleh OKU pendengaran adalah dalam aspek pendidikan seperti peluang latihan vokasional, aspek ekonomi iaitu peluang pekerjaan yang terhad dan aspek sosial seperti kehidupan sosial yang berintegrasi dalam masyarakat. Justeru, kajian ini dijalankan bagi meneroka isu pekerjaan bagi OKU pendengaran di Selangor. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kualitatif iaitu temubual berstruktur secara bertulis. Enam orang informan telah dipilih bagi kajian ini dengan menggunakan teknik persampelan snow ball. Dua lokasi di negeri Selangor telah dipilih iaitu di Sungai Buloh (luar bandar) dan Shah Alam (bandar). Data temubual berstruktur dianalisis secara tematik dan hasil kajian mendapati terdapat lima isu utama pekerjaan yang dialami oleh informan kajian. Antara isu yang sering dihadapi oleh OKU pendengaran dalam pekerjaan adalah kesukaran mendapat pekerjaan, prasarana dan penyesuaian di tempat kerja, komunikasi di tempat kerja, sikap negatif masyarakat dan kesunyian di tempat kerja.

Item Type:Article
Keywords:Orang kurang upaya; Kurang upaya pendengaran; Isu pekerjaan; Temubual berstruktur; Selangor
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:20309
Deposited By: ms aida -
Deposited On:25 Oct 2022 06:26
Last Modified:31 Oct 2022 07:14

Repository Staff Only: item control page