Keberkesanan sarikata sebagai fasilitator untuk pembelajaran bahasa dalam penguatkuasaan perbendaharaan kata dan pemahaman dalam kalangan penutur bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua

Muhammad Izzul Aniq Hasrin, and Nadzrah Abu Bakar, (2018) Keberkesanan sarikata sebagai fasilitator untuk pembelajaran bahasa dalam penguatkuasaan perbendaharaan kata dan pemahaman dalam kalangan penutur bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Jurnal Wacana Sarjana, 2 (2). pp. 1-17. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
449kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/7

Abstract

Perbendaharaan kata merupakan kaedah penting untuk bertukar idea dan memperoleh pengalaman baru. Kekurangan pengetahuan dalam perbendaharaan kata akan menyebabkan penutur Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua, kurang memahami bahasa tersebut. Bahan audiovisual yang dipertingkatkan dengan penggunaan sarikata adalah alat pedagogi yang baik, dipercayai mampu memudahkan pemahaman. Kajian ini menyiasat keadaan sarikata yang paling berkesan dalam memudahkan pemerolehan perbendaharaan kata dan pemahaman di kalangan penutur Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti sama ada pelajar memperolehi prestasi secara berbeza bergantung pada tahap kemahiran mereka dan untuk menentukan persepsi pelajar tentang penggunaan sarikata untuk pembelajaran bahasa. 10 orang pelajar prasiswazah dengan tahap kemahiran Bahasa Inggeris yang berbeza berdasarkan skor MUET mereka, telah digunakan untuk kajian ini. Peserta diminta menonton empat video dari sebuah sitkom Amerika bertajuk "How I Met Your Mother" dengan setiap video diberi sari kata yang berlainan (L2 = sarikata Bahasa Inggeris, L1 = Bahasa Malaysia, dua subtitle = L1 + L2 dan tiada sarikata). Instrumen yang digunakan adalah ujian kosa kata, ujian kefahaman dan soal selidik untuk mengenal pasti persepsi mereka tentang sarikata. Hasil kajian menunjukkan keadaan sarikata dan tahap kecakapan bahasa yang berbeza, boleh memberi kesan yang berbeza terhadap perbendaharaan kata dan pemahaman pelajar.

Item Type:Article
Keywords:Perbendaharaan kata; Pemahaman; Sari kata; Bahasa kedua; Strategi pembelajaran
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:20310
Deposited By: ms aida -
Deposited On:25 Oct 2022 06:33
Last Modified:31 Oct 2022 07:15

Repository Staff Only: item control page