Kala dalam bahasa Arab : analisis program minimalis

Noor Suraiya Mutalib, and Fazal Mohamed Mohamed Sultan, (2018) Kala dalam bahasa Arab : analisis program minimalis. Jurnal Wacana Sarjana, 2 (2). pp. 1-14. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
654kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/7

Abstract

Kala dalam bahasa Arab wujud dalam kata kerja. Oleh yang demikian, kajian ini lebih memberi tumpuan terhadap sistem kala dalam bahasa Arab Baku. Berdasarkan data yang telah dibentuk dan dikumpul berpandukan sebuah buku berjudul Mulakhos Qowa’id Al-lughah Al-‘arabiah dengan bantuan seorang informan menggunakan kaedah kualitatif berorientasi analisis deskriptif, kala bahasa Arab bergabung terus dengan kata kerja dan ianya tidak mempunyai waktu yang tepat seperti kala masa dalam bahasa Inggeris. Kala bahasa Arab hanya terbahagi kepada dua jenis iaitu kala kini dan kala lampau. Kala masa akan datang pula tidak ditekankan kerana dianggap sama seperti kala masa kini dengan hanya menambahkan imbuhan ‘sa’ atau ‘sawfa’. Dapatan kajian mendapati bahawa kata kerja bahasa Arab merangkumkan sekali penggunaan subjek dan kala dalam pada satu kata yang sama mengikut suatu bentuk ayat itu juga. Oleh itu, kajian ini cuba menjelaskan kala dan mengkategorikannya dalam kata kerja bahasa Melayu Standard. Hal ini bagi membantu dalam memahami penggunaan kala dalam kata kerja transitif, kata kerja tak transitif dan kata kerja dwitransitif. Kajian ini juga akan menghuraikan kala bahasa Arab melalui analisis sintaksis berpandukan kerangka Program Minimalis.

Item Type:Article
Keywords:Kala; Kata kerja; Kala bahasa Arab; Bahasa Arab Standard; Kerangka minimalis
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:20311
Deposited By: ms aida -
Deposited On:25 Oct 2022 06:46
Last Modified:31 Oct 2022 07:16

Repository Staff Only: item control page