‘Abdullah Paderi’: perbandingan unsur nasihat dalam Hikayat Abdullah dengan al-Quran dan Hadis

Nur Farhana Adanan, and Rahimah Hamdan, (2018) ‘Abdullah Paderi’: perbandingan unsur nasihat dalam Hikayat Abdullah dengan al-Quran dan Hadis. Jurnal Wacana Sarjana, 2 (2). pp. 1-12. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
566kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/7

Abstract

Kertas kerja ini bertujuan untuk mengenalpasti unsur nasihat dalam karya autobiografi terawal Hikayat Abdullah dan membandingkannya dengan Al-Quran dan Hadis. Ini adalah rentetan daripada penobatan Abdullah Munshi sebagai ‘Bapa Kesusasteraan Melayu Moden’ yang telah mengundang pelbagai reaksi daripada para sarjana sehingga ada yang menggelar beliau sebagai ‘Abdullah Paderi’ serta ‘tali barut British’. Tambah hebat apabila terdapat segolongan sarjana lain yang melabel Abdullah Munshi sebagai penganut Islam yang kuat pegangannya sebagaimana yang terpancar menerusi karya-karya beliau. Sehubungan itu kertas kerja ini akan meleraikan permasalahan di atas dengan menggunakan kaedah analisis teks terhadap Hikayat Abdullah dan membandingkan setiap nasihat Abdullah Munshi tersebut dengan kerangka berdasarkan Al-Quran dan hadis. Dapatan kajian mendapati walau Abdullah Munshi kelihatan pro-British tetapi ajaran agama Islam yang menebal di jiwanya sedari kecil membuatkan beliau tidak terpengaruh dengan dakyah Kristian sebaliknya berusaha untuk menerapkan setiap ajaran Islam ke dalam karya yang dihasilkan. Rumusannya, jasa Abdullah Munshi sebagai tokoh tersohor yang bertanggungjawab membahagikan kesusasteraan Melayu kepada dua periodisasi perlulah diingati kerana nyata beliau adalah seorang individu yang kukuh jatidirinya sebagai Melayu-Islam di rantau Alam Melayu ini.

Item Type:Article
Keywords:Abdullah Munshi; Nasihat; Hikayat Abdullah; Al-Quran; Hadis
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:20314
Deposited By: ms aida -
Deposited On:25 Oct 2022 07:12
Last Modified:31 Oct 2022 07:20

Repository Staff Only: item control page