Nur Nasuha Samsudin, and Muammar Ghaddafi Hanafiah, (2018) Asas pembuatan kerongsang Melayu. Jurnal Wacana Sarjana, 2 (2). pp. 1-8. ISSN 2600-9501
|
PDF
140kB |
Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/7
Abstract
Kajian ini mengenai asas pembuatan kerongsang Melayu. Kajian dilakukan untuk mengenalpasti asas pembuatan kerongsang Melayu di Malaysia. Kajian bersifat komprehensif belum pernah dilakukan. Kajian ini mengenalpasti perubahan pada kerongsang dan tradisi ke kontemporari. Kajian lain ialah mengenalpasti bahan dan teknik-teknik dalam pembuatan kerongsang Melayu. Tujuan kajian ini mengenalpasti pembuatan kerongsang Melayu tradisi, mengenalpasti pembuatan kerongsang Melayu kontemporari dan bahan-bahan yang digunakan dalam penghasilan kerongsang Melayu. Metodologi kajian ini dilakukan di beberapa lokasi seperti muzium tradisi dan di kilang pembuatan kerongsang Melayu D’orRue Sdn Bhd yang terletak di Batu Caves. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan etnografi seperti pemerhatian, tinjauan, dokumentasi dan kepustakaan. Hasil kajian tentang kerongsang Melayu ialah pengetahuan tentang cara pembuatan kerongsang melayu tradisional yang terdiri daripada beberapa teknik iaitu teknik tebuk, teknik pahat, teknik karut dan teknik pahat silat. Proses pembuatan kerongsang cara moden kontemporari yang dikaji seperti acuan reka bentuk, pendinginan, pemutus acuan, mengilap, kimpalan, saduran emas atau rodhium, penatahan batu, kristal atau mutiara, dan pembersihan. Sumbangan kajian ialah asas pembuatan kerongsang Melayu cara tradisional dan cara moden dikilangkan dapat dikenal pasti.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Etnografi; Kerongsang Melayu; Malaysia; Melayu kontemporari; Melayu tradisi |
Journal: | Jurnal Wacana Sarjana |
ID Code: | 20315 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 25 Oct 2022 07:18 |
Last Modified: | 31 Oct 2022 07:23 |
Repository Staff Only: item control page