Nurul Atikah Marshid, and Sa’adiah Ma’alip, (2018) Pemilihan bahasa dalam masyarakat multilingual : minoriti Siam Peranakan di Alor Setar, Kedah. Jurnal Wacana Sarjana, 2 (2). pp. 1-14. ISSN 2600-9501
|
PDF
276kB |
Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/7
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengungkap pemilihan bahasa yang terselit atau tersembunyi jauh di utara tanah air iaitu di Alor Setar, Kedah. Kajian ini juga bertujuan melihat bahasa apakah yang kerap dipilih oleh masyarakat Siam di sekitar Alor Setar, Kedah dalam empat domain utama serta faktor yang mempengaruhi pemilihan bahasa mereka. Dalam kajian ini, subjek yang dipilih adalah golongan masyarakat Siam yang majoritinya memberi keutamaan kepada bahasa Siam, jadi pengkaji juga menghuraikan tanggapan dan penilaian terhadap pemilihan bahasa oleh mereka. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah campuran iaitu menggabungkan kaedah kuantitatif serta kualitatif. Pendekatan yang digunakan termasuklah penggunaan instrumen borang soal selidik serta temu bual. Seramai 100 orang responden di Alor Setar, Kedah dipilih untuk melengkapkan soal selidik serta temu bual. Dapatan kajian memaparkan masyarakat Siam memberikan keutamaan kepada bahasa Siam dan bahasa Melayu dalam keempat-empat domain yang dikaji iaitu domain kekeluargaan, kejiranan dan persahabatan, keagamaan dan pekerjaan. Dapatan kajian juga menafsirkan bahawa masyarakat Siam memberi penilaian dan tanggapan yang sama rata terhadap kelima-lima bahasa termasuk bahasa Melayu, bahasa Siam, bahasa Melayu campur bahasa Siam, bahasa Inggeris dan bahasa lain.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Sosiolinguistik; Pemilihan bahasa; Domain utama; Masyarakat multilingual; Siam peranakan |
Journal: | Jurnal Wacana Sarjana |
ID Code: | 20316 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 25 Oct 2022 07:22 |
Last Modified: | 31 Oct 2022 07:24 |
Repository Staff Only: item control page