Hikayat Nabi Adam : satu kajian teks dan analisis berdasarkan pengkaedahan keagamaan

Nurul Nasuha Mohd Rosle, and Zubir Idris, (2018) Hikayat Nabi Adam : satu kajian teks dan analisis berdasarkan pengkaedahan keagamaan. Jurnal Wacana Sarjana, 2 (2). pp. 1-15. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
208kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/7

Abstract

Kajian ini menggunakan naskhah Hikayat Nabi Adam sebagai bahan kajian. Dalam menyempurnakan analisis data, kajian ini menggunakan teori Pengkaedahan Melayu yang diperkenalkan oleh Hashim Awang. Kajian ini memfokuskan kepada Pengkaedahan Keagamaan. Terdapat tiga fokus utama dalam Pendekatan Keagamaan ini iaitu Pendekatan Dakwah, Pendekatan Kemasyarakatan dan Pendekatan Seni. Fokus kajian yang dijalankan ini adalah untuk meneliti nilai-nilai Islam dan sejarah asal-usul nabi Adam yang terkandung dalam teks yang berlandaskan al-Quran dan hadis melalui pendekatan dakwah yang memancarkan nilai kemurnian, keistimewaan dan keunggulan Islam. Pendekatan ini berfungsi untuk melihat sastera sebagai wadah untuk mempertingkatkan nilai ketakwaan atau ketaatan seseorang insan kepada Allah. Menerusi kajian naskhah ini dapat dilihat perkembangan Islam dan wadah untuk mempertingkatkan nilai ketakwaan atau ketaatan insan kepada Allah. Diharapkan hasil kajian naskhah Hikayat Nabi Adam ini dapat dijadikan sebagai satu asas panduan dalam kehidupan masyarakat.

Item Type:Article
Keywords:Manuskrip; Hikayat Nabi Adam; Pengkaedahan keagamaan; Islam; Dakwah
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:20317
Deposited By: ms aida -
Deposited On:25 Oct 2022 07:27
Last Modified:31 Oct 2022 07:26

Repository Staff Only: item control page