Prinsip transformasi drama Dekon Apologia Sang Panitera dalam kepengarangan Marzuki Ali

Rawiah Nusrah Azaha, and Nur Afifah Vanitha Abdullah, (2018) Prinsip transformasi drama Dekon Apologia Sang Panitera dalam kepengarangan Marzuki Ali. Jurnal Wacana Sarjana, 2 (2). pp. 1-14. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
197kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/7

Abstract

Apologia Sang Panitera dalam kumpulan Dekon Saya dari Tanjung Penaga (2015) hasil karya Marzuki Ali berkisarkan tentang seorang pengarang yang didakwa atas pertuduhan kes penderaan terhadap gadis berusia 15 tahun melalui penulisannya yang berjudul Diakah Salmah? pada tahun 1929. Watak Salmah dalam karya Marzuki Ali merupakan watak yang teraniaya kerana sikap pengarangnya yang terlalu ghairah mengejar kemajuan bangsa. Karya ini mengimbau kembali kisah Salmah yang terdapat dalam novel Iakah Salmah? karya Ahmad Rashid Talu. Sehubungan itu, artikel ini mengaplikasi teori intertekstualiti untuk menjawab persoalan tentang persamaan watak Salmah dalam drama Apologia Sang Panitera dengan watak Salmah dalam novel Iakah Salmah?. Aspek pemindahan dari hiperteks kepada hipoteks yang dilakukan oleh Marzuki Ali dalam Apologia Sang Panitera berdasarkan karya Iakah salmah? diteliti. Kaedah kajian ini adalah kualitatif dengan kajian perpustakaan sebagai instrumen kajian utama. Dapatan kajian dalam artikel ini adalah terdapat proses transformasi dari aspek watak dan perwatakan, dan aspek plot penceritaan dalam drama Apologia Sang Panitera berdasarkan novel Iakah Salmah? Empat watak yang melalui proses transformasi dan dikekalkan nama dan perwatakannya berdasarkan hiperteksnya. Prinsip transformasi juga terdapat pada bahagian permulaan dan perkembangan plot sahaja. Manakala pada bahagian peleraian, Marzuki Ali telah membuat pengubahsuaian yang agak ketara daripada hiperteksnya.

Item Type:Article
Keywords:Prinsip transformasi; Intertekstualiti; Kritikan drama; Marzuki Ali; Drama Dekon
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:20318
Deposited By: ms aida -
Deposited On:25 Oct 2022 07:33
Last Modified:31 Oct 2022 07:27

Repository Staff Only: item control page