Teknologi pemprosesan batik Melayu di Kelantan

Siti Aisyah Amilin Hassan, and Muammar Ghaddafi Hanafiah, (2018) Teknologi pemprosesan batik Melayu di Kelantan. Jurnal Wacana Sarjana, 2 (2). pp. 1-8. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
180kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/7

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji proses penghasilan batik yang eksklusif di Kelantan yang nilainya mencecah harga ribuan ringgit. Selanjutnya, membandingkan teknologi dalam pemprosesan batik eksklusif pada zaman sekarang dengan cara tradisi. Selain kajian perpustakaan, kajian ini menggunakan kaedah kajian lapangan seperti tinjaun, temubual dan juga pemerhatian. Hasil kajian menunjukkan beberapa peringkat dan kerja rumit dilalui untuk menghasilkan batik eksklusif. Peringkat-peringkat tersebut ialah penyediaan kain, menyurih, meregangkan kain, penyediaan lilin dan mencanting, penyediaan warna dan mewarna, mematikan warna, mongering, membasuh dan membilas, merebus, membasuh dan merendam, mongering, menggosok dan membungkus. Dalam proses mencanting mempunyai beberapa teknik yang dugna pakai iaitu teknik Manutex, teknik Air Brush, teknik Silica, teknik Tindanan, teknik Brush Stroke dan beberapa teknik lain. Hasil kajian juga mendapati tahap kehalusan seni canting dan corak di atas kain akan menjadi penentu kepada nilai sesebuah batik eksklusif. Semakin halus seni yang dicanting, semakin tinggi harga yang diletakkan oleh peniaga. Sehubungan dengan itu, kajian ini menunjukkan bahawa teknologi pemprosesan batik eksklusif di Kelantan berbeza dari cara di negeri-negeri lain pada teknik dan juga corak. Rumusannya, kajian ini dapat mengkaji dengan lebih teliti bagaimana proses batik dilakukan sehingga mencecah ribuan ringgit, menambahkan kefahaman kepda pengguna kenapa batik perlu diangkat menjadi satu seni yang perlu dihargai oleh pengguna.

Item Type:Article
Keywords:Batik eksklusif; Proses batik; Batik kontemporari dan tradisional
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:20319
Deposited By: ms aida -
Deposited On:25 Oct 2022 07:39
Last Modified:31 Oct 2022 07:30

Repository Staff Only: item control page