Penglibatan selebriti dalam politik Malaysia dari 2000-2017

Amir Zafran Ahmad Asri, and Muhamad Takiyuddin Ismail, (2018) Penglibatan selebriti dalam politik Malaysia dari 2000-2017. Jurnal Wacana Sarjana, 2 (2). pp. 1-14. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
302kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/7

Abstract

Penglibatan golongan selebriti dalam politik merupakan trend biasa yang berlaku di negara-negara seperti Amerika Syarikat dan Indonesia. Di Malaysia, fenomena serupa masih dianggap sebagai baru. Justeru, sejauhmana penglibatan golongan selebriti dalam politik mampu memberi impak dalam politik Malaysia? Bagi menganalisis permasalahan tersebut, dua kerangka teoritikal digunakan dalam artikel ini iaitu partisipasi politik dan modal selebriti (celebrity capital). Objektif pertama kajian ini adalah menelusuri sejarah penglibatan golongan selebriti dalam politik Malaysia. Objektif kedua pula adalah menghurai bentuk penglibatan golongan selebriti dalam politik Malaysia. Manakala objektif ketiga pula adalah menganalisis pengaruh yang dikenakan oleh golongan selebriti dalam politik Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang meliputi kajian kepustakaan. Kertas kerja ini berhujah bahawa golongan selebriti mempunyai pengaruh yang minima dan penglibatan mereka tidaklah memberikan kesan yang begitu besar kepada pembuatan keputusan dalam parti politik. Secara asasnya, golongan selebriti dilihat kurang berminat untuk menyertai politik secara aktif melainkan hanya sebilangan kecil. Walaupun parti seperti UMNO didapati mula membuka ruang kepada golongan selebriti untuk berpolitik, hanya parti pembangkang dilihat lebih serius dalam mengetengahkan golongan selebriti sebagai calon pilihan raya. Sungguhpun impak yang dikenakan oleh golongan ini adalah kecil, peningkatan penglibatan mereka dalam politik dilihat sebagai satu trend yang positif kerana dimensi kepelbagaian yang diketengahkan.

Item Type:Article
Keywords:Selebriti dalam politik; Partisipasi politik; Modal selebriti; Parti politik
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:20320
Deposited By: ms aida -
Deposited On:25 Oct 2022 07:46
Last Modified:31 Oct 2022 07:33

Repository Staff Only: item control page